"Katakanlah: “Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia"al Ikhlas : 1-4
Subhanallah, walhamdulillah, walailahaillallah, wallahuakbar. Kita bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir, semuanya kerna satu tujuan, yaitu mengakui Allah sebagai tuhan yang Esa, juga mengakui diri sebagai hamba. Selawat dan salam buat baginda Rasulullah SAW.
Ana telahpun mengulas dan menetapkan pendirian mengenai isu kalimah Allah dalam tulisan sebelum ini, dan masih tetap begitulah, Allah bukanlah milik siapa2 bahkan Allah lah yang memiliki segala. Namun, isu ini masih lagi hangat, membuat ana juga turut hangat untuk mengikuti, bukan kerana ia suatu isu semasa yang sedang panas saja, namun lebih dari itu, ia wajib diikuti jika kita sayang pada Allah, bukankah begitu?
Allah itu tuhan sepanjang masa, bukanlah tuhan dikala senang saja, bukan tuhan diwaktu susah saja, dan bukanlah tuhan semasa isu kalimah Allah saja, Dia sentiasa dan sentiasa menjadi tuhan, kita pula sentiasa dan sentiasa menjadi hamba. Namun manusia kini ada yang bersyukur bermati matian bila mendapat nikmat dan rahmat, bila ditimpa kecelakaan, Allah hilang entah ke mana. Ada pula yang bila ditimpa kedukacitaan, segala air mata keluar menghampar rasa, yang tidak kenal sejadah sebelum ini sudah pandai berjubah serta berkopiah, akan tetapi bila nikmat dan rahmat datang kembali, sejadah serta jubah lipat dan simpan dalam almari, sambung pula dengan agenda kufur nikmat. Ada lagi!...golongan yang paling ada class, dukacita ke, sukacita ke, sama saja...semacam dunia ini tiada pencipta, mungkin lahirnya ke dunia pun atas usahanya sendiri, ya, kerana dia begitu hebat barangkali, tidak setara dengan kita insan2 yang lemah ini.
Allahu Allah, beginikah sikap manusia yang mengaku cintakan Allah?. Dalam tidak sedar, mahupun dalam sedar tetapi buat2 tidak sedar, tidakkah kita melihat sesuatu dari Isu penggunaan kalimah Allah ini?...Ia terjadi bukanlah kerana pihak kristian menuntut penggunaannya, namun bagi ana dan sepatutnya bagi kita semua, perlu meyakini ia terjadi kerna Allah mengizinkan ia terjadi untuk kita melihat sesuatu, salahkah ana?. Begini, ana lihat memang ramai yang memperjuangkan bagi menghalang nama Allah digunakan pihak non muslim, sungguh, memang ramai...lihat saja demonstrasi aman seluruh Malaysia Jumaat lepas, dan berlarutan lagi hingga kini, ada yang kecil kecilan, yang besar2 pun ada juga.
Dalam ramainya yang berjuang itu, ana tidak tahu berapa ramai yang berjuang dengan ilmu, dan berapa ramai yang berjuang dengan emosi. Ana juga tidak tahu dan bukan hak ana untuk menghukum, tetapi berapa ramaikah juga yang berjuang itu yang betul2 sayangkan Allah?. Ana juga tak mahu tahu yang berjuang itu dari gerakan dan barisan mana, tetapi adakah barisan atau gerakan yang mereka dokongi itu benar2 sayang kepada Allah?...ana tak tahu dan hanya Allah sahaja yang tahu. Adakah perjuangan itu political motivated, ataupun emotional motivated semata?, nanti cubalah check and balance...buatlah kira2 terhadap diri sendiri, tidak perlu susah2 check hati orang lain.
Maksud firman Allah SWT :
" Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadaNya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit "Ali 'Imran : 5
Ana terus lagi, kita kata kita sayang Allah, kita kata kita perjuangkan isu kalimah Allah ini kerana kita sayang Allah, begitu?...jika begitu, maka jika benar begitu, rata2 ummat Islam sekarang sememangnya sedang di buai enak oleh syaitan laknatullah. Ana tidak katakan semua, ana sekadar kata rata2nya begitu, kenapa pula?. Ya, kita mengaku kita sayangkan Allah, namun dengan perjuangkan isu kalimah Allah adakah cukup membuktikan cinta kepada Allahu Ta'ala? Dalam kita berjuang untuk isu ini, kita masih leka dengan segala macam kemaksiatan dan kelekaan yang dibawa barat, kita masih 'leka' dengan facebook dan internet, kita masih pentingkan me-reply segala macam mesej2 maya dari mengutamakan solat di awal waktu, kita masih seronok dengan novel2 cinta dari membaca al Quran, kita masih gemar mendengar lagu2 alunan artis kuffar dari mendengar alunan ayat2 suci al quran serta nasyeed2 Islami, kita masih dan masih lagi dibawah telunjuk kuffar dan kita mahu kata kita sayang Allah?
Masih tak cukup, ini dia yang paling besar bagi seluruh 'pencinta' Allah, yang bermatian mahu mempertahankan hak kononnya, namun apakah suruhan dan syariatullah di laksana di Malaysia tercinta ini?...adakah dengan meletakkan perlembagaan Lord Reid sebagai perlembagaan negara mengatasi al quran dan as sunnah itu tanda cintanya kepada Allah?...Adakah pengizinan lesen2 judi itu tanda cintanya kepada Allah?...Adakah dengan tumbuhnya kelab2 malam dengan permit yang sah itu tandanya cinta kepada Allah?...Adakah dengan tauladan tidak menutup aurat dikalangan pemimpin besar itu tanda cintanya kepada Allah?...Masihkah mahu mengaku cintakan Allah dalam keadaan sebegini?...biarlah ana berikan jawapan supaya masing senang muhasabah diri, termasuk ana jugalah, jika beginilah, janganlah berani mahu mengaku cintakan Allah kerana ini hanyalah semata2 cintakah kalimah 'Allah' saja, bukanya mencintai Allah yang Esa!...itupun belum tentu, barangkali cintakan kalimah Allah juga kerana kepentingan tertentu, ana kata kata barangkali, bukannya pasti!.
Maksud firman Allah SWT :
" Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil. Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Ia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah) "Ali 'Imran : 3-4
Secara mudahnya QURRA' sekalian, adakah kita mahu mengaku cintakan Allah, namun dalam masa yang sama kita mendurhakaiNya, tidakkan ia sesuatu yang hipokrit dalam bahasa lembutnya, dan kasarnya ana sebut munafiq!. Ana tidak mampu menuduh siapa2 munafiq, tapi jika sikapnya seperti yang telah tersebut di atas, maka, tidak perlu susah2 ana mahu mengata dan menembak, si pelakunya lebih tahu siapa dirinya yang sebenar. Ya Allah, ana sendiri malu melihat keadaan sebegini, ana bukan malu pada kalian, tapi malu pada Allah yang menciptakan, mahu menipu diri sendiri bolehlah lagi, menipu orang lain pun dapat lagi diterima, namun bila sampai tahap mahu menipu tuhan, maka apa ini?
Dikejutkan pula kita dengan Isu gereja di bom, inilah juga padahnya bila mahu berjuang tanpa ilmu dan semata2 kerana emosi, bahkan lebih teruk lagi jika si pelaku itu melakukan dengan niat dan kepentingan tertentu. Jika dengan bom itu mahu menunjukkan cinta kepada Allah, usahlah, lebih baik lagi kalau tunjukkan cinta kepada Allah dengan pergi mengadap mana2 tok guru, tadah kitab, semoga Allah membuka pintu2 hati dan mempermudahkan akan pemahaman ilmuNya. Tindakan sebegini pastinya akan memberi imej negatif kepada Islam, dan akan memungkinkan tindak balas yang lebih dasyat dari pihak kuffar, ini bukan perlu khatam 2 - 3 kitab untuk tahu,common sense, budak sekolah pun tahu.
Maksud firman Allah SWT :
" Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan ”al An'am : 108
Bila sensitiviti terhadap dosa dan pahala hilang, sensitiviti terhadap kepentingan ilmu hilang, beginilah jadinya ummat Islam, hanyut, kerana apa keadaan ini terjadi?...tepuk dada tanya iman, ana jawab, kerana Islam tidak ditonjolkan dengan sepatutnya oleh pihak yang bertanggungjawab, malah ada yang mahu tonjol, disekat2 pula, alasannya demi perpaduan kaum, ah, demi perpaduan kaum?..Islam itu tidak menjaga kepentingan kaumkah?. Bila ada yang mahu melaksanakan syariat Islam, juga disekat, alasannya tidak sesuai dengan keadaan di Malaysia yang berbilang kaum, adakah ini menidakkan kekuasaan Allah yang menciptakan seluruh bangsa manusia ini? bukankah semuanya pun makhluk Allah? adakah ini bermakna kita mengatakan Allah telah menciptakan satu undang2 yang tidak sesuai dengan makhluk ciptaanNya sendiri?...sudahlah, jika begini gayanya 'pencinta' Allah, maka memang patutlah keadaan menjadi seperti sekarang, di Malaysia khususnya dan di dunia amnya.
Maksud firman Allah SWT :
" Hai orang2 yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan kepadamu furqaan(petunjuk yang dapat membezakan antara yang haq dan batil) "al Anfal : 29
Sama2 kita muhasabah diri, adakah kita tergolong di kalangan manusia yang benar2 mencintai Allah, ataupun sekadar mencintai kalimah Allah itu, tidak usahlah lagi menipu tuhan. Jika kita benar2 mencintaiNya berusahalah semampu mungkin dalam menuruti setiap tuntutannya, agar suatu hari kita sama2 mampu mengungkap kata " aku sayang Allah " tanpa rasa bersalah, malu dan segan, wallahu'alam...ana undur dulu.
Maksud firman Allah SWT :
" Hai orang2 yang beriman (kepada para rasul), bertakwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, niscaya Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu dua bagian, dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang "al Hadid : 28
6 comments:
http://www.eramuslim.com/berita/dunia/tiga-gereja-di-malaysia-diserang-buntut-pertikaian-kata-allah.htm
syukran atas perkongsian ya nur islah..:)
salam..sy nk komen smlm tp wireless smlm slow sgt..hurmm..sy sokong 100% pe y anta kate..kononnye nk tegakkn kalimah Allah,kononnye syg Allah tp sbnrnye MGKN de niat lain y t'sembunyi..jika x,knp srhnNya x d lksnkn tp hal bgni lak cbuk nk tegakkn,hurmm..dunia9...mak sy kate,ustzh mak sy ckp kt mesir mmg owg kafir de ltk nm Allah lam umah mrk,ini b'mksd,mrk yakin y Allah adlh y Maha Esa lg Maha Kuasa tp mrk cume x time nabi junjungn kte iaitu Nabi Muhammad SAW..sy jgk de dgr cte dr kwn sy y paderi y tggi2 kdudknnye,mrk tau y islam adlh agm y sbnr cume mrk ego shj utk mengakuinye krn prnh de seowg 2 nk mati dh,die de kt gereja n mayb nk suh paderi 2 bc kn doa mrk la,then paderi 2 bisik kt telinga owg y nk mati 2(xtau sbb pe),die kate agm y sbnr adlh agm Islam,trs owg 2 mati t'kjut..sy xpsti cte ni btol 2 x,coz kwn y gtau tp kt cni pon kte leh nmpk y owg kafir sbnrnye admit islam adlh agm y sbnrnye n mrk p'cy bhw Allah adlh tuhan y Esa..lam al-Quran pon de sebut,Allah adlh tuhan sekalian alam,jd knp kte y msti spesifikkn bhw Allah adlh utk tuhan owg Islam shj,sgt mengarut pmkirn spt itu..n ari nie sy bc lam berita harian(sy xpsti tol @ x coz x bc abih lg,klo slh tlg btolkn) mengatakn owg kristian nk trik blk p'gnaan kalimah Allah krn ramai owg islam mnntg pggnaan kalimah Allah..sy rs ini akn menyebbkn mrk lbh jauh dr Islam n bknnye lg t'tarik krn sikap owg Islam sndri y x memahami n m'amalkn cr idup islam y sbnrnye...maaf tlis pjg2,sy cume nk luahkn pndgn..
wslm wrhmtlh...
ya..ada paderi dr sabah mahu tarik balik, tapi itu suara minoriti kristian, majorotinya masih lg mahu teruskan tuntutan...mgambil kira 'uruf, dan kaedah saddul zaro'i...ada baiknya nama Allah tidak digunakan utk penerbitan kristian di Malaysia...jika dibenarkan pun perlu di kawal selia dgn ketat...ini dari segi 'uruf yaitu keadaan setempat dan budaya setempat, ia masih lg diambil kira dalam islam...tp dari segi hukum, ia diharuskan utk penggunaan...itu pendapat ana dlm tulisan sebelum ni lg...:)
Ana setuju dgn kOmen saudari farah, inilah yang menimpa keadaan umat Islam sekarang, iaitu satu penyakit utama yang boleh menjerumuskan Islam ke tempat yg tidak sepatutnya, iaitu penyakit JAHIL!...jahil disini bukanlah bermaksud bodoh, akan tetapi MENOLAK KEBENARAN, samalah dulu dgn cerita abu jahal, abdul mutalib dan lain2, juga manusia2 hebat seperti albert einstein, thomas edison dan semuanya, mereka ini bukanlah jahil bodoh, mereka semuanya bijak pandai...cuma jahilnya mereka adalah kerana menolak kebenaran yang nyata demi kepentingan tertentu...
btol 2,sy lp nk ckp smlm,y pr ulama' m'bnrkn p'gnaan tp kte y harus b'hati2 n awasi cr p'gnaan mrk krn d takuti akn m'gnkn ngn cr y slh..maaf..
umat islam skrg bkn shj jahil malah hati y keras n hitam menyebbkn xdpt nk time kbnrn n nie d sbbkn byk faktor spt xjg mknn,ibdh wajib pon xpsti lakukn krn srhnNya @ adat owg islam n byk lg..sy xnk kupas psl hal nie lbh pjg krn sy yakin y anta lbh layak utk kupaskn hal nie..:)
ahah, betul sgt la tu...ramai sgt sekarang ni islam hanya pada nama, makan, minum, ibadah semuanya macam kuffar...mana tak nya, arak tu dah macam air sirap jadinya, skit lagi ntah2 boleh beli tepi jalan je, x ambil kira lagi judi n sebagainya...mana x rosak akhlak org islam selagi benda2 mcm ni berleluasa...haih..
InsyaAllah, ana yakin enti kalau nak kupas mesti boleh, bahkan lebih hebat rasanya, masing2 ada lebih dan kurangnya, itu fitrah manusia, ada yang ana tak tahu mungkin enti tahu, kan? mcm tu lah sebaliknya pn...insyaAllah kita sama2 belajar, nak banding ilmu Allah yang ada kat dunia ni, kita ni ibarat org yang tahu apa2...lagi byk belajar lagi xpandai rasanya...
Post a Comment