.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

Takdir Menolak Takdir?

Sesiapa yang beramal soleh maka pahalanya bagi dirinya sendiri dan sesiapa yang mengerjakan perbuatan yang buruk maka dosanya menimpa ke atas dirinya. Dan Tuhan kamu tidak menzalimi hamba-hambanya sedikit pun.
Fussilat : 46

Bismillah...

Alhamdulillah...di awal2 kelahiran blog ini rajin ana menjadi jadi, sudah fitrah, benda baru memang membuat kita bersemangat. Bila mengira ngira apa yang mahu di coret, spontannya perkataan TAKDIR itu melambai lambai di minda...mengapa takdir?...sebabnya sudah takdir Allah ana menulis soal ini...=)


Sebelum memasuki fasa2 lain dalam pembicaraan ini, elok kita fahami dulu apa itu takdir. Takdir adalah suatu peraturan yang telah dibuat dan ditetapkan Allah untuk segala apa yang ada di alam ini, peraturan ini pula adalah undang2 pada kepastian2 yg diikat antara sebab dan musabab atau antara sebab dan akibat.

Ada baiknya pula kita ketahui istilah2 qada mubram dab qada muallaq bagi memperkayakan lagi pengetahuan. Qada mubram adalah takdir yang pasti, yang mana seperti kematian...pastinya kematian itu akan datang kepada setiap manusia dan qada muallaq pula adalah takdir yang boleh berubah dengan izinNya iaitu seperti umur, iaitu umur biiznillah boleh dipanjangkan atau dipendekkan sesuai dengan amalan dan doa...wallahu'alam

Apa tajuk kita?...Takdir menolak takdir kan?...=)
mungkin kita pernah mendengar ungkapan2 di drama2 atau filem2 melayu...pelakonnya dengan penuh kesedihan, terisak isak bagai bagai nak rak, dengan disertai dialog yg bunyinya lebih kurang seperti ini " Kenapa?...kenapa?...kenapa tuhan begitu zalim!...kenapa tuhan tidak adil??" dan seterusnya pelakon itu naik rooftop dan terjun dengan gaya terjunan bebas tanpa menggunakan payung terjun...wah...ana dah buat satu skrip untuk filem nampaknya...hehe...jangan melalut zul!

Nah...soalnya, apakah Allah itu zalim?...pastinya kalau guru bertanya soalan ini kepada anak2 murid darjah satu, mereka akan beramai ramai menggeleng gelengkan kepala dengan comel sambil berkata..."Tidak cekgu!!!"...jadi...sudah jelas Allah itu tidak zalim...budak darjah satu pun tahu.

Tapi...kenapa masih ada suara2 sumbang mengatakan Allah itu zalim?...pastinya kerana kurang fahamnya mereka terhadap konsep takdir. Mari kita buka minda, jelaskan pemikiran...Takdir menolak takdir!

Takdir terbahagi kepada 2, satu yang telah berlaku dan satu yang akan berlaku. Takdir yang akan berlaku dapat kita fahami begini, Allah jadikan keadaan dimana Abu suatu hari akan tertarik kepada seorang wanita di suatu tempat...dan peluang utk lakukan maksiat ditempat itu adalah baik punyaaa...itu takdir....tapi dia bOleh menOlaknya dgn jihad melawan nafsu (takdir)...maka pilihan ditangan abu...dosa atau pahala?...maka siapa yang zalim?...Allah yg telah memberikan pilihan atau Abu yang membuat pilihan?

Takdir kategori kedua, takdir yang telah berlaku...dapat kita mudahkan dengan satu situasi, iaitu...Siti telahpun menghidapi demam panas(takdir)...apa ikhtiarnya?...usahalah dengan memakan ubat dan berdoalah (takdir)

Jadi sekarangg...sudah sedikit jelas bukan?...pilihan ditangan kita, memang takdir itu Allah yg tentukan...takdir buat jahat dan masukkan dalam neraka...itu betul...tapi jgn lupa...Allah menyuruh kita menolak kejahatan (takdir) dengan melakukan kebaikan (takdir)...takdir tolak takdir!...pilihan di tgn kita...untuk buat jahat masuk neraka atau buat baik then masuk syurga...=)

Begitulah serba ringkasnya mengenai takdir menolak takdir, atau ada baiknya jika ana bagi satu lagi contoh mudah...Umar lapar (takdir Allah untuk dia lapar), then Umar makan nasik untuk menghilangkan laparnya (juga takdir Allah memberikan umar keupayaan untuk makan)...

Pilihan ditangan kita, bukan mereka! berusahalah!...^_^...wallahu'alam