.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

Pohonlah Dengan NamaNya - Doa

Bismillah...

Segala puji dan syukur dirafa'kan kehadrat ilahi, Dia yang pengasih, Dia yang penyayang, pengurnia sinar menerangi maya. Selawat dan salam buat baginda junjungan, pembawa sinar, menuntun ummat, Muhammad Rasulullah.

Ya Rahman,

Keampunan dariMu ku pohon menyuci kotoran dihati,

Tuntunlah hati ini agar degupnya sentiasa dengan zikir ilahi,

Jauhkanlah hati ini dari gerak yang menjurus kepada ma'asi,

Ku pohon ya Allah, tetapkanlah hati ini di landasan suci.


Ya Rahim,

Pimpinan dariMu ku tagih buat merentasi jalan ini,

Jalan yang telah kupilih bagi mengikat ukhwah yang suci,

Teguhkanlah apa yang mahu kami teguhkan ini,

Ikatan suci tautan hati yang penuh erti.


Ya Muhaimin,

Ikatan suci penuh erti ini kami bina demimu yang Maha Tinggi,

Peliharalah kasih dan cinta antara kami,

Jagalah hati kami dari bolak balik yg meruntuhkan ikatan suci,

Sesungguhnya ya Allah, kami mahu teguh selamanya dengan anugerah ini.


Ya Mutakabbir,

Segala keagungan milikMu secara pasti,

Tidak sekali kami mahu dan mampu dustai,

Ku pohon ya ilahi,

Apa yang kami jalankan ini agar direstui,


Ya Hakim,

Dengan sifatMu yang Maha Bijaksana dan pastinya Maha mengetahui,

Segala yang datang dariMu pastinya terbaik kami amat yakini,

Bukan hak kami meragui sesuatu yang pasti,

Ketentuanya kami serahkan kepadaMu untuk menghakimi.

Ya Fattah,

Ku pohon darimu ketentuan yang terbaik buat kami,

Sesungguhnya ya Allah bukan menang atau kalah tujuan kami,

Pastinya ya Allah engkau lebih memahami,

Tujuan kami hanya satu, mengeratkan ukhwah yang suci.


Ya Naafi'

Ku pohon dengan sangat agar kami fahami segala erti,

Erti sebenar yang kami cari,

Agar hati kami tidak tergelincir dari landasan suci,

Ya Allah, ku mohon manfaatMu dari perjalanan ini.


Ameen ya Allah!

* Doa ini telah dibuat oleh kerana permintaan dari pihak JKK sukan dan kebudayaan PERMAI 08/09 sempena sukan KARISMA kat sane. Jauh benar permintaan haa, dari Irbid Jordan sana nun...ni semua gara2 cik santun yang telah mengkambing hitamkan ana @ zul wadiqurra', apa pun ana rasa doa ni sesuai untuk semua ahli IU khususnya dan QURRA' sekalian umumnya, janganlah mengharapkan gerak kerja yang dilakukan mendapat natijah yang baik2 belaka, berjuang tak semestinya menang!...matlamat utama adalah redha Allah...ingatlah kita ke syurga sana bukan dengan banyaknya amalan tapi dengan RAHMAT Allah!...fikir dan zikir!

* Alhamdulillah...geng2 Irbid menang besar nampaknya, berkat2...:p

2 comments:

Alhamdulillah, berkat doa wadi kurok, =P..

Doa, itulah senjata mu'min.. mengharapkan yang terbaik dari Allah.. bukan sahaja ketika nervous, nak exam kita meminta dari Allah.. bahkan ketika gembira juga.. Adakah kegembiraan kita itu diredhai?? berdoa padaNya.. semoga kegembiraan itu tidak melalaikan..

Terima kasih ya!

 

Alhamdulillah..:D

betul tu, kadang2 dengan kegembiraan tu boleh melalaikan kita dari mengingatiNya...sedangkan yang memberi kegembiraan tu x lain dan x bukan DIA yg Maha Kuasa!

segala puji dan syukur dikembalikan kepadaNya...