Alhamdulillah, syukur padaNya kita masih disini, selawat dan salam Buat junjungan, Muhammad Rasulullah.
Ana memang amat pantas meng'update' jika keinginan itu datang, dan buktinya ana sertakan lg kali ini...hehe, Mulanya posting kali ini pun sudah merepek maka kalian boleh telahi apa yang akan ana bawa hingga akhirnya, pasti ia bukan satu tazkirah yang dibuat secara khusus, tetapi jika mahu boleh juga di ambil sebagai peringatan, hanya saja hati yg perlu memahami :)
The Return of JEDI, ini bukan JEDI dalam filem starwars itu..:D asalnya bukan begitu bunyinya, tetapi ini kata Ustaz Abi kerana katanya, nama2 program budak2 MMU ni canggih2 belaka :D. Yang sohihnya adalah The Return of JED (TROJ), yang mana JED itu adalah singkatan pada Jejak Eksplorasi Diri, atau senang cerita utk memudahkan QURRA' sekalian, ia adalah tamrin qiadi, hah...senang bukan, itu saja yg sebenarnya :D
Alhamdulillah, semuanya lancar. Ia bermula pada hari jumaat (10/04/09) dan tamatnya ahad (12/04/09), tetapi oleh sebab ana ada paper untuk electronic commerce pada pagi sabtu, maka ana perginya lewat sedikit, sebenarnya banyak...hehe...hari sabtu malam kami sampai di sana, tempatnya di Asahan, Anjung Bonda Homestay...menarik tempatnya, banyak buah buahan...hehe. Sebenarnya ini pertama kali ana sampai ke sini, jalan pun tak tahu sangat, nasib baik ada co-pilot yang cekap dan berwibawa (walaupun terlajak sedikit), terima kasih kepada co-pilot tersebut...kalau terbaca, jangan marah, senyum2 saja...heheDisebabkan kelewatan sampainya ana, maka ana akui, agak blur dengan aturcara, dah la time briefing fasi, ana on the way pulang dari Bukit Gantang, makanya jadilah pening2 lalat sedikit, tak tau nak buat apa, banyak LDK, kuliah dan semua yang tertinggal, maaf ye semua, bukan sengaja lewat tiba, tp kerana sebab yang x dapat dielakkan.
Tapi alhamdulillah, apa pun yang berlaku, sempat juga menapakkan diri disana, dengan adik2, abang2, dan kakak2...hehe. Malam itu semasa sampai, kuliah dari saudara Aidil UTEM baru saja tamat, soal fiqh aulawiyat...selepas itu slot Abi, tapi kami ada meeting sedikit masa tu, bolehla dengar hujung2 telinga, asal boleh je.
Tamatnya meeting, seeiringan pula selepas itu tamat slot Abi, ana berganjak ke dapur, makan!...nasib baik urusetia TROJ ni sungguh baik hati, tau2 ja ana belum makan...hehe. Sempat pula memetik sebutir dua mutiara hikmah dari Abi, yang sedang menjamu selera di dapur ketika itu. Maka, apa yang sedikit boleh menimbulkan keraguan pada hati ana mengenai soal bughoh, atau soal belot pada pemerintah terjawab, dengan santai dan logik akal saja Abi jawab soalan ana itu, alhamdulillah, ia penuh hikmah...:)
Tidak perlu ana detailkan perjalanan program, yang pastinya, apa yang dijalankan insyaAllah akan membawa manfaat kepada peserta dan sesiapa saja yang mahu mengerti. Pastinya ia dijalankan dengan penuh kasih sayang bukan, kasih sayang kerana Allah demi memartabatkan Islam! :)...Peserta juga alhamdulillah, nampak komitmen mereka, kesungguhan itu ada, dan insyaAllah sama2 pertingkatkan lagi.
Tamatnya program, ahad tengah hari, sesudah resolusi peserta dan post mortem kami, solat zuhur serta makan, kemudiaannya pulang ke MMU. Sampai saja di kampus, hujan mencurah2, sempat main hujan sebelum sampai di rumah dan sekarang ana sudah demam...ehehe. Rasanya itu saja ana mahu update kali ini, tak mahu panjang2 sekadar mahu berkongsi sedikit perjalanan, mungkin langsung tiada manfaat, mungkin juga ada sedikit, apa pun, TROJ tetap jua berlangsung dan harapannya moga terus segar apa yang kita dapat di program itu, insyaAllah...demi Islam, TERUS JUANG!!!
* Tahniah kepada rakan2 fasi, urusetia, ustaz2, tenaga bantuan, dan seluruhnya, dan terutamanya kepada para PESERTA! semoga Allah bersama KITA!
Sedikit gambar untuk perkongsian,
(Siapa kami?..., dari kiri...akhi khair selaku wakil dari Institusi Usrah MMU Cyberjaya, akhi Zulhairi selaku wakil dari Brigade al Qassam - HAMAS...:p, akhi Shahrul Nizam yang juga wakil dari MMU cyberjaya)
(Akhi Hazwan selaku Camp Commandant yang hensem dan berwibawa - nanti blanje OK, baru pujian ni akan di 'convert'kan menjadi ikhlas)
(Akhi Zulfazlizan berbaju merah jalur kelabu, bukan Zulhairi ok! - tengah berpura2 khusyuk untuk 'mencapub')
(Hanif & Din, Mereka ini sungguh bersemangat sehingga boleh berada diluar kawalan, kes3...lek r)
(Menyanyikan lagu tema TROJ, Bingkai Kehidupan...semangat semuanya!)Lagu Tema TROJ
Mengarungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan
Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
'kan menjadi saksi pengorbanan
Reff :
Allahu ghaayatunaa
Ar-Rasuulu qudwatunaa
Al-Qur'aanu dusturunaa
Al-Jihadu sabiiluna
Al-Mautu fii sabilillah
Asma amaanina
Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Qur'an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami















