.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

~ IU Sports Fiesta ~

Bismillah...

Syukur padaNya yang memberi ruang waktu, tiada sesuatu berlaku jika bukan dengan kehendakNya. Selawat dan salam buat baginda junjungan, Muhammad Rasulullah.

Ini sekadar perkongsian, update ringkas berkenaan IU Sports Fiesta. Hari Sabtu dan Ahad ana minggu lepas di bumi Melaka telah terisi oleh satu aktiviti yang menyeronokkan, Alhamdulillah. Seronok dapat mengikuti dan membantu adik2 usrah di MMU, ana tidak tahu apa yang ana bantu selain bermain2 dan menghabiskan makanan :D.

Sabtu, seawal 7.30 pagi kami berkumpul, eh...kalau 7.30 tu bukan ana lah, ana pukul 9.30 kut :D. Kami bertolak dan berkumpul sekitar dataran, menunggu adik2 yang belum tiba, termasuklah yang dari MMU Cyberjaya, mereka lewat akibat "hujan lebat" bak kata Khair yang kepastiannya amat diragui...hehe. Lebih kurang pukul 11 pagi Explorace bermula. Ana membantu menjadi "security", mulanya perlu jaga bahagian lain, tapi tukar ke Taman Tasik, sbb ana rasa tasik lagi seronok :p.

Oleh kerna ana bertindak sebagai "security", jadi permainan2 yang disediakan utk peserta perlu la ana cuba, bak kata ana sendiri, untuk memastikan keselamatan, yela sangat!...Di bahagian Taman Tasik saja, ada 3 aktiviti yg mmg seronok, wall climbing, kayak, dan paintball. Ada lagi checkpoint lain d bahagian Taman Botanikal dan Taman Buaya, tapi ana tak p sanalah, cukuplah ana menjadi "security" di Taman Tasik, Ayer Keroh :D

Alhamdulillah semuanya lancar saja, Sabtu itu explorace telah berjaya ditamatkan tanpa sebarang insiden yg tak diingini. Malamnya pula, ada kuliah dari Ustaz Najib, kuliah peluru tabur kata Ustaz, heheh. Then program dilanjutkan lagi dengan tayangan filem Ketika Cinta Bertasbih 2. Tayangan ini mungkin menyebabkan semakin ramai bercita2 mahu kawin cepat, sesuai degan salah satu tema Institusi Usrah, Usrah Means Family, so kawin la cepat2, leh buat family sendiri :p.

Ahad, IU Sports Fiesta diteruskan lagi agendanya dengan permainan2. Ada futsal, table tennis, dan bola kampung, iaitu main bola macam biasa cuma kena berkaki ayam dan berkain pelikat :D. Ini acara untuk muslimin, untuk muslimat, tanyalah muslimat...hehe. Sudah selesai semua, selepas acara penutup, ana balik dan tutup mata kat rumah...ibadah sirr...fiuh. Btw...tahniah kepada semua komiti dan peserta yang telah menjayakan IU Spotrs Fiesta ini :)

Sedikit perkongsian gambar sebagai seorang "security" :

( Otai security...ada gaya x? )

( "Security" memulakan kerja )

( Memastikan kayak tidak bocor )

( Okay...selamat! :p )

( Ini pula semasa memeriksa kekuatan tali wall climbing tu, alhamdulillah kukuh...)

( Berkayak buat kali kedua setelah explorace tamat, ini utk memastikan...err..apa lg alasan nak bg ye? :p )

( Futsal )

( Bola Kampung )

Islam Datang Dengan Maksud, Bukan Dengan Bentuk

Bismillah...

Alhamdulillah wa syukurlillah, cinta dan kasih buat Tuhan yang Mencintai, demiNya aku hidup, dan demiNya aku mati, demiNya dan keranaNya kita masih disini. Selawat dan salam buat baginda yang dicintai, cinta yang sebenar pabila sunnah dijunjung, bukan kasih dimulut tapi perilakunya bejat, sunnah entah kemana, syariat entah kemana, alih2 mengaku cinta Allah dan Rasul?

Kali ini ana jadi tercuit dengan kata2 Abraham Maslow iaitu :

" Jika peralatan yang ada pada kamu hanyalah sebatang tukul, kamu dengan mudah akan melihat setiap masalah sebagai paku. "

Sungguh, kata2 ini begitu mencuit hati ana ketika mana melihat keadaan ummat Islam. Prinsip tukul dan paku ini begitu sinonim dengan ummat Islam sekarang disebabkan sikap dan perangai yang rigid serta beku. Biasanya begitulah sikapnya pabila kita di beri tukul, perkara yang biasanya akan terlintas difikiran adalah paku, tiada yang lain, seolah tukul itu hanya boleh di gunakan untuk mengetuk paku sahaja?. Pemikiran sebeginilah yang tidak seharusnya berlaku, dan kita ummat Islam perlu membuka minda dan berani mengolah kegunaan tukul itu. Satu lagi sifat buruk si tukul ini, ia suka benar mengetuk, semua pihak yang tidak sependapat terus saja mahu diketuk2, ah, si tukul yang comel.

Sekarang, bermacam fikrah sudah terbentuk dan dibentuk, tidak lupa bilangan jamaah juga semakin bertambah, itu semuanya dasarnya amal Islami. Jika mahu bicara soal ta'adud jamaah, ana telahpun bebelkan sebelum ini, dan kini ana tidak mahu bebel buat kali kedua kerna ada perkara lain yang mahu disampaikan. Kepelbagaian buah fikiran telah mencorakkan warna kepada dunia kini, dan khususnya buat dunia Islam.

Islam itu akan benar2 nampak rigid jika penganutnya tidak membawa Islam yang sebenar. Seringkali pertelingkahan soal perbezaan pendapat ini terjadi, bahkan soal bagaimana memakai serban pun boleh cetuskan huru hara, belum kira lagi soal berapa rakaat solat sunat tarawih, sampaikan ada yg empat imam satu masjid. Ah, ini semua bukan berlaku di zaman kita saja, bahkan al Imam as Syafie Rahimahullah sendiri pernah difitnah dan di pukul oleh ahli khianat si Sohul serta rakan2 Fityan yang jahil diebabkan perbezaan pendapat serta dengki, bahkan Imam yang empat, semuanya pernah merasai kesan fitnah akibat kejahilan, termasuk jugalah perkembangan Ikhwanul Muslimin, yang begitu berat pada langkah mulanya akibat daripada pemahaman Islam yang kaku oleh ummat Islam yang hanya memahami Islam dari konteks agama semata, bukan cara hidup.

Maksud firman Allah SWT :
" Wahai orang2 yang beriman, masuklah Islam secara kaffah (menyeluruh) dan janganlah kamu mengikut jejak syaitan, sesungguhnya (syaitan itu) adalah musuh yang jelas bagi kamu. "
al Baqarah : 208

Ada golongan yang kata, tahlil, talqin dan amalan2 yg disifatkan tradisional itu bida'ah, ada pula golongan yg mengatakan semua itu bukan bida'ah, dan ada juga golongan yang lebih istimewa mengatakan, peduli saja semua itu, hidup di dunia mesti enjoy. Ana sendiri pening dengan benda2 begini, tetapi pening ana bukanlah kerna permasalahan yang berlaku, cuma ana jadi pening kerana kelakuan si pelakunya. Kalau sini tembak, sana pun tembak, kalau sana menyorok, sini tembak juga, kalau sini dan sana sama2 menyorok, datang pula pihak ketiga tembak kedua2 pihak...oh...ana pening!

Lagi ceritanya, ada yang kata jika mahu menjadi Muslim sejati jalannya mesti begini2, ada pula pihak yang lain kata kalau mahu jadi Muslim sejati jalannya mesti begitu2. Dan ana angkat lagi permasalahan ini ke satu tahap dimana, ada pihak yang kata jika mahu tegakkan daulah Islamiyyah, jalannya mesti macam ni!, fikrahnya mestilah begini jika mahu Islam mencapai izzah! disamping itu ia sedang mempromosikan penyatupaduan dan meraikan perbezaan pendapat, persoalan ana, tidakkah ia sesuatu yg pelik bila dalam satu waktu ia mengangkat tinggi2 fikrahnya dan menjatuhkan fikrah yang lain tetapi pada masa yang sama ia mempromosikan perbezaan pendapat dan penyatupaduan?

Kalian membaca pun sudah rasa pening bukan, ana pun sama2 pening, tapi tidak mengapalah, ana mahu terus lagi. Islam datang dengan maksud, bukan dengan bentuk, apa maksudnya?. Begini, suatu hari anda di minta memasak tomyam ayam untuk sepuluh orang makan, alat2 dan bahan2nya anda sudah arif benar sehingga pejam mata pun tomyam ayam itu akan jadi kenyataan, akan tetapi kebiasaannya anda masak untuk seorang makan, jadi memasak untuk sepuluh orang berbanding seorang pasti berbeza kuantiti bahan2nya bukan? atau sama saja? jika anda jawab ya makan anda sudah pandai memasak, jika jawapannya tidak, anda perlu belajar memasak lagi :)

Inilah yang ana mahu sampaikan, analogi tomyam itu mahu ana kaitkan dengan tajuk posting di atas, apakah boleh menggunakan kuantiti sama untuk mendapat hasil yg berbeza?...semacam inilah yang berlaku jika umat Islam terlalu rigid dan tidak pernah mahu berubah sedangkan thabat wal murunah itu salah satu sifat Islam, tetap pada prinsip dan fleksibel dari segi pelaksanaan. Sepertimana keadaan mahu memasak tomyam tadi, bahan2nya untuk memasak tomyam pastinya bahan2 yang khusus, ia perlu menggunakan rempah untuk tomyam bukannya rempah untuk gulai, maknanya ia perlu juga thabat dengan rempah tomyam, akan tetapi kuantiti bahan2 itu perlu di ubah mengikut keperluan, maknanya ia perlulah bersifat fleksibel.

Islam juga begitu, kandungan Islam itu sama sekali tidak boleh diubah, penetapan dan kalam dari Allah dan RasulNya jangan sesekali dibantah, Ingatlah pesan Abu Musa al Asy’ari dengan katanya :

" Sesungguhnya al Quran ini adalah pahala bagi kamu dan dosa atas kamu. Maka ikutilah al Quran dan janganlah al Quran mengikuti kamu. Kerana sesiapa mengikut al Quran maka ia meletakkan dia ke dalam taman Syurga manakala sesiapa yang diikuti oleh al Quran maka dia dicampakkan ke dalam Neraka. "

Maksud firman Allah SWT :
" Kemudian jika kamu berbantah bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. "
an Nisa' : 59

Itulah perkara yang tetap dan tidak boleh lagi diubah2, namun, dalam masa yang sama, untuk mencapai sesuatu tujuan, Islam juga agama yang membenarkan fleksibeliti dalam mencapai sesuatu maksud, sepertimana ia mengambil kira 'uruf, kepentingan awam dan lain2 dalam menetapkan hukum. Inilah juga bila kita mahu perkatakan soal pembentukan fikrah, yang sepatutnya jika mahu mempromosikan soal keterbukaan dan penyatupaduan, soal ini perlu dikehadapankan. Fikrah yang begitu rigid tidak akan mampu melahirkan minda yang terbuka, itu masalah utamanya. Jika kita kata fikrah Imam Hassan al Banna itu sesuatu yang benar2 kompeten dan sesuai untuk masa ini, maka itu memang benar! akan tetapi, pengolahan untuk menyesuaikan ia dengan keadaan dan tempat mesti juga berlaku, sebagaimana fikrah itu sendiri sememangnya bersifat fleksibel. Kenapa ana katakan begitu?...kerna kita bukannya mahu mengambil pokok kurma dari mesir dan mahu menanamnya di kebun kelapa sawit lah...:)

Kata Ibnu Khaldun dalam kitabnya, al Muqaddimah :

" Manusia itu dijadikan berbeza dari segi bahasanya, adatnya dan budayanya. Setiap kaum mempunyai sifat2 tersendiri, adat setempat dan sudut pandangan semesta yang tersendiri "

Minda perlu bergerak seiringan dengan semangat perjuangan jika mahukan Islam mencapai izzah, Islam itu sendiri didatangkan dengan maksud yang terlalu mulia demi kesejahteran seluruh penganut bagi mencapai redha Allah. Islam bukan datangnya dengan bentuk seolah ia tidak langsung mampu bergerak mengikut zaman dan keperluan, bahkan ia di datangkan dengan maksud yang mulia untuk melahirkan sesutu yang mulia. Kita jangan terlalu rigid dalam menilai Islam sehinggakan hanya nampak Islam itu solat, puasa, zakat dan haji semata, sedangkan ia merangkumi seluruh cara hidup dari bersiwak hinggalah berjihad fisabilillah, sekecil2 kecil perkara hinggalah sebesar besar perkara.

Apalagi jika dikira bentuk fikrah yang diolah manusia?...ia lebih2 lagi perlu keterbukaan dan kefleksibelitian, jika tujuannya seluruh fikrah Islami pastinya sama, iaitu menggapai keizzahan Islam, namun caranya masing2 berbeza, itu tidak mengapalah, pandai2 pilih yang terbaik, namun amatlah silap jika sesutu fikrah itu di ambil bulat2 tanpa ada pengolahan untuk kesesuaian tempat dan keadaan, inilah yang terjadi sehinggakan begitu ramai pejuang yang mengaku berjuang tetapi hakikatnya kosong kefahaman. Jika mahu menyelam di laut, jangan pula memakai pakaian ragbi, jika berada di restoran Arab, jangan pula memesan asam pedas. Oh, mana mungkin tujuan akan di capai jika pemikiran begitu?

Penegasan ana dalam hal ini adalah, ke anjalan Islam dalam mencapai maksud itu perlulah dipromosikan secara benar, janganlah terikat dengan sesuatu yang akhirnya merugikan diri sendiri, sistem yang ada sentiasa boleh dibaiki, fikrah yang telah tersusun rapi itu perlulah di dokongi dan di perhalusi lagi agar ia bergerak sesuai dengan tempat dan keadaan. Islam datang dengan maksud supaya seluruh manusia mencapai redha Allah, bukan dengan bentuk yang membuatkan fikiran jumud dan terus beku tanpa usaha ke arah pembaharuan. Jangan sekadar berkata dan mempromosikan idea demi sokongan, sebaliknya cubalah terjun ke medan sebenar.

ps : Alhamdulillah ana sempat mengkuti Konvensyen Hassan al Banna tempoh hari di Uniten, dan tulisan ini ada secara umum dan tiada pengkhususan, ini pusingan pertama, mungkin ada pusingan kedua yang lebih khusus untuk Kobanna...insyaAllah..:)

~ Mawar Ku? ~

Bismillah...

Allah itu tuhan kita, kasih dan sayangNya sentiasa bersama, setiap detik dan waktu, setiap masa yang berlalu, cintaNya terus terusan mengiringi, adakah kita hamba yang benar2 sombong, sehingga mahu mengucap sedikit tahmid pun perlu menunggu waktu selepas solat atau selepas kenyang?...ucaplah sekarang!...Alhamdulillah!. Buat baginda rasul junjungan insan mulia, cintanya kepada ummat sampai ke akhir, tidak pula lupa walaupun sakit sakaratul maut menghimpit, namun kita ummat yg kononnya cintakan rasul, mahu selawat pun perlu diingatkan berulangkali!...selawatlah sekarang!.

Dulu2 ana pernah menulis tentang mawar, tapi dulu ana tanya Mawar Siapa?, namun dulu dan kini sentiasa berubah, kerna at taghyir atau perubahan itu kewajipan untuk kita sebagai Muslim, ya, ia wajib bagi kita untuk berubah, berubah ke arah yang lebih baik, berhijrah ke destinasi yang akan lebih menunjukkan kita sebagai muslim sejati. Ana cuba berubah, dan ana rasa ia 'mungkin' lebih baik, bagaimanapun lebih baik itu sgt sedikit nilainya jika dibandingkan perubahan QURRA' dan sahabat sekalian, tidak tertanding ana, jika mahu bicara, ana seakan kura2 yg masih merangkak merangka perubahan kerna kedhaifan diri terlalu dalam, sedangkan sahabat dan QURRA' disekeliling adalah seakan arnab yg laju meninggalkan ana di belakang...Allahu Allah.

Kini ana menulis pula menyahut sedikit perubahan, sudah ana katakan, perubahan ana terlalu lambat dan sedikit, makanya jika dulu tajuknya Mawar Siapa?, kini ia berubah menjadi Mawar Ku?. Jika dulu ia terlalu fantasi, maka sekarang ana cuba ubahkan menjadi sedikit realiti, realitinya ada kerna ia berpijak dibumi nyata dan tidakklah melayang layang ke puncak kayangan. Maka izinkanlah ana berceloteh, keizinan dari Allah harapan ana, semoga dipermudahkan.

********

Mawar ku yang asli kelopaknya menawan hati, dengan bukaan dan mekarnya ia menarik pandangan siapa saja, putera raja? petani? pengurus?...sebut saja. Benar sekali, si mawar yang asli tidaklah sama dengan si mawar tiruan. Sifat si tiruan itu zahirnya cantik namun hakikatnya tiada harga, warnanya terang menghiasi meja2 si pemilik, namun kosong tanpa makna dan kehidupan. Lain pula si mawar asli, serlahan mekar warnanya yang menambat hati setiap yang memandang itu seolah gambaran kecantikan akhlak, duri2 tajam dari batang hijaunya yg segar itu membayangi keteguhan memegang syari'atullah, ya, itulah si mawar asli yang sifatnya tidak menipu, ia menghadirkan seribu hikmah dan itulah mawar ku...mawar ku?

Mawar asli itu menjadi pilihanku, kerna ku tahu, ia bakal membawa kebaikan, kebaikan untukku juga untuk agamaku, itu yang aku andai dan fikirkan, benarlah begitu bukan?. Dulu, aku mencari2, banyak yang aku jumpai, di kiri ada, di kanan pun ada, semuanya yang asli, aku jadi terpesona, namun aku tidak tergoda. Pernah juga aku jumpai mawar tiruan, aku jadi simpati, mungkinkah yg tiruan boleh berubah menjadi yang asli?...hakikatnya tidak, namun aku katakan pada diri, kuasa Tuhan yang mati pun boleh hidup kembali, inikan pula yang tiruan mahu menjadi asli, pasti boleh juga. Secara sendiri, aku lebih sukai yang asli, namun jika yang tiruan itu berubah menjadi asli, aku pasti suka juga, aku suka bukan tergoda.

Kerna fitrahnya aku sangat suka pada kecantikan, pastilah mawar menjadi pilihan, kerna mawar bagiku simbol kecantikan zahir dan batin, akhlak dan iman, pekerti dan budi. Suatu masa, disebalik rimbunan pohon2 belukar yang memenuhi taman, juga di lindungi oleh mawar2 tiruan, aku lihat ada sepohon mawar asli, indah!. Mawar itu buat jiwaku bergelora, aku terpesona bukan tergoda, mawar itu aku cuba dekati, namun ia bukan sesuatu yang mudah kerna durinya sentiasa melindungi. Aku tidak pernah kenal apa itu putus asa, aku cuba lagi, dan aku lamari sekuntum mawar pujaan, aku tuturkan seikhlas hati dan aku beroleh jawapan yang di inginkan hati...Alhamdulillah.

Ku cuba menjaga mawar itu, dan yang utamanya ku usahakan agar perasaanku turut terjaga, susah, namun aku telah mulakan, kenapa perlu aku takut. Aku bahagia, mawar itu juga bahagia, ia semakin mekar dan durinya semakin tajam, aku suka begitu kerna dgn sendiri kami masing2 akan lebih terjaga dari belaian dunia. Dalam kebahagian itu, aku sentiasa ingatkan yang kebahagiaan itu jika tidak dijaga dan dikawali dgn baik akan membawa kepada kemusnahan. Kemusnahan itu pastinya akan membawa kemudhoratan yang amat besar untuk hati dan perasaan.

Tiba masanya, aku lepaskan mawar itu dari pandangan mata, ya, aku lepaskannya dari mataku bukan hatiku, ia terbang tinggi di bawa angin, mawar itu punya tujuan lain demi menyahut seruan dan tuntutan agama, aku redha dan kami redha. Mulanya aku takut, tetapi akhirnya aku menyedari betapa besar hikmahnya keadaan itu walaupun berjauhan, sehingga kini, hikmahnya masih tidak putus2 dapat di gali. Syukur, ia semuanya kehendak Tuhan yang kuasa. Aku sujud kepadaNya kerna aku hamba, dan Dia sentiasa melihat dengan pandangan Tuhan, membuat aku kuat, dan mawar ku juga kuat...Alhamdulillah.

Suatu ketika, suatu waktu, sepertimana nikmat yang diterima itu mudah diperoleh, begitu jugalah jika Dia mahu menarikknya kembali. Mawar yang aku cuba bajai, sirami dan kasihi itu, mulanya terbang dan aku cuma lepaskan dari mata bukan hati, kini, keadaan dan situasi sudah lain, terpaksa jua ku lepaskan dari hati, bukan kerna sesiapa, tetapi kerna ada percaturan yang lebih besar. Bukanlah mudah melepaskan sesutu yang disayangi, bukanlah mudah melepaskan sesuatu yang dicintai, dan bukanlah mudah melepaskan sesuatu yg telah dibayangi satu ikatan. Suatu ikatan yang dibina kerna akidah, dan dijagai dengan tuntutanNya kini perlu dibuka simpulan jua kerna tuntutanNya. Aku mulanya keliru, kerna aku tidak pernah membayangi semua ini, ya, jujurnya aku tidak pernah bercita2 sebegini, namun ia berbeza kini...

Gelora perasaan dan hati siapa yang tahu, anda? kamu?...pastinya tidak merasa seperti yang aku dan mawar ku rasa, kerna ia bukan satu percaturan biasa. Setelah beberapa kali ku rebah, ku cuba bangun sendiri, namun tiada kudratnya, berkali kali aku cuba bangun, sama saja, tidak mampu. Namun suatu masa, ketika mana ku cuba menggali hikmah, ada suatu pesanan dariNya yang aku dapati, satu pesanan yang terlindung di sebalik beribu ribu pesanan yang lain, dan selain untukku, semoga pesanan ini manfaatnya berguna buat semua yang diluar sana, ingatlah wahai QURRA' sekalian, panggilan yang sebenar bukanlah MAWAR KU, akan tetapi...MAWAR NYA!...kini aku pohon supaya aku beroleh MAWAR NYA, ya, inilah yang lebih tepat, aku bangun kembali...:)

********

Sedarlah wahai sahabat, kita tidak memiliki apapun di dunia ini, janganlah sesekali menganggap sesutu nikmat dan kurnia itu milik kita, kerna ia bakal membawa kekecewaan yang besar nanti, dan ia juga bahkan mungkin menjerumuskan kita ke lembah yang melalaikan, ingatlah, SEMUA MILIK-NYA, BUKAN MILIK KITA...DAN MAWAR KU TIADA DALAM KAMUS ALAM KECUALI MAWAR-NYA, BEGITU JUGA TIADA KUMBANGKU KECUALI KUMBANG-NYA...wallahu'alam, ana undur dulu...