.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

~ Diari Pengantin Baru ~

Bismillah...

Alhamdulillah wa syukurlillah, segala puji dan syukur buat tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat insan mulia sepanjang zaman, Muhammad Rasulullah.


Wadi al Qurra' berubah wajah, usaha tajdid yang di usahakan oleh isteri tercinta, yang mahukan isinya juga turut di tajdid, maka, ana sememangnya termotivasi sehingga keluarnya entry kali ini. Oh ya, lupa pula setelah sekian lama Wadi al Qurra' diam bertapa, hari ini, penulis telah pun berubah status daripada bujang menjadi seorang suami, alhamdulillah :).

Pastinya setelah diam dan tidak terisi begitu lama, banyak yang mahu dikongsikan, ana tidak mampu memuatkan semuanya, tetapi insyaAllah sedikit diari perjalanan kehidupan akan dikongsikan.

Walimah 11.03.11 dan 13.03.11 ~

Alhamdulillah majlis berjalan lancar, walaupun lafaz sakinah terpaksa diulang 3 kali dek kerana jurunikah yang mahukan perkataan AKAN dilafazkan juga. Ana tidak mahu memanjangkan hal tersebut, cuma mungkin jurunikah sekalian perlu membelek helaian kitab2 muktabar yang ada untuk melihat apa saja sebenarnya lafaz yang diperlukan, jangan rumitkan apa yang mudah!... Yassiru wala tu'assiru...:)

Namun bila sahabat2 duk perkenakan ana dengan 3 kali lafaz tu, ana jawab senang, ambil wudhu' pun sunnah ulang 3 kali, apa salahnya lafaz juga 3 kali, 'sunnah' la tu kan :D. Setelah selesai semua, saat yang paling 'best' pun tiba, usai solat sunat selepas nikah, upacara menyarungkan cincin bermula, inilah saat yang mendebarkan, kerana pengantin lelaki segan nak sarungkan, pengantin perempuan pula tak mahu hulurkan tangan, dengan kata lain, kami sangat comel ketika itu (ketika yang lain pun comel juga :P)

Sangat banyak detik2 manis, ana rasa tidak sempat menyebut satu persatu, namun cukuplah ana biar gambar yang berbicara...

( Beberapa minit sebelum akad, peace! :D ~ )

( Saat lafaz sakinah ~ )

( Zawjati habibati menyarungkan cincin :) )

( Sama segan, sama cOmel :p )

( Rentak pendekar hijau ~ :D )

( Ehem... )


Di Kelantan pula, sebelum majlis bermula rumah ana telah dinaiki air dek kerana hujan yang tak henti2 pada hari2 yang sebelum, namun alhamdulillah, Allah Maha Kuasa, setengah jam sebelum ketibaan pengantin perempuan selaku isteri tercinta, air telah surut sepenuhnya.

Majlis di Kelantan juga menjadi satu kenangan indah, terima kasih yang tidak terhingga buat sahabat2 Multimedia University kampus Melaka & Cyberjaya yang telah menyerbu majlis kami, kekecohan yang dibuat oleh rombongan satu bas sahabat sekalian pasti menjadi kenangan buat kami :)

Ana serahkan lagi kepada gambar untuk bercerita...

( Kek Tiramisu, Nyum2 :D )

( Pengantin yang supan :D )

( Nyum2 )

( Menyambut ketibaan tetamu dari jauh - rombongan MMU )

( Rombongan MMU - Muslimat )

( Muslimin - MMU )

( Adik beradik, anak2 saudara & ipar duai )

( Bergambar kenangan dengan Bas rombongan dari MMU )

Setelah bergelar suami...

Kehidupan bujang dan berkeluarga sangat banyak bezanya, satu amanah daripada Allah!. Berat memang berat, tapi yang berat itulah manis :). Melayari kehidupan berumah tangga sememangnya penuh rencah, walaupun baru 3 minggu usia perkahwinan kami, namun telah banyak juga kami belajar. Ringkasnya, alam rumah tangga menuntut pengorbanan, keredhaan, tangunggjawab dan yang sewaktu dengannya, namun setiap satu dari itulah yang memberikan kemanisannya.

Dulu teringat ingat boleh datangkan dosa, sekarang rindu rinduan pun dapat pahala :). Sebenarnya walaupun telah 3 minggu bergelar suami isteri, kami masih lagi ada keseganan antara satu sama lain, terutamanya untuk panggil isteri dengan panggilan apa, kekok menyebut 'sayang', begitu juga zawjati habibati yang kekok menyebut 'abang'... Namun kami perlahan lahan cuba membiasakan diri, kami mulakan dengan SMS ber 'abang' 'sayang' :)... Walaupun nak mulakan dalam sms pun segan.

Kadang2 ana saja membuat muka bila isteri tercinta memanggil orang lain dengan gelaran 'abang', "Orang lain panggil abang boleh pulak" :P Bukan apa, saja meriahkan suasana :D, padahal diri sendiri pun masih segan2 cOmel.

Belum lagi masuk part jalan2 sambil pegang tangan, kami masih lagi segan2 cOmel, kalau kat shopping complex atau tempat2 ramai, memang segan lagi la setakat ni nak pegang :D. Sebelum ni lagi best, sebab inai masih terang, masing2 gigih nak sorokkan jari sebab tak nak orang nampak :D Apa bole buat, comel betul kan kami?..time kasih..:p

Sebenarnya banyak sekali ceritanya sejak bergelar suami, dengan pelbagai aktivitinya, namun tidaklah ana mampu untuk menjadi penglipur lara sepenuh masa, jadi sekali lagi ana hadiahkan sekeping dua gambar untuk menglipur larakan sahabat sekalian...

( Dating di Pasar Payang, Kuala Terengganu - First time keluar sama2 :D )

( Dah boleh bergOsip sama2 da :p )

( @ Cameron Higlands ~ :) )

Orang kata kawen itu best, ya, memang best, namun apa yang membuatkan ia best bukan perkara2 yang best sahaja, namun jatuh bangun, susah senang bersama itulah yang akan menjadikan ia lebih bermakna dan sangat manis :)...semOga Baitul Muslim yang di bina ini akan menjadi satu jalan buat kami untuk terus menyumbang buat Addeenul Islam, Baitul Muslim tidak dapat tidak adalah asas kepada sebuah daulah!

p/s : Gambar sangat banyak tapi memang tak terdaya nak letak semua :D

~ Walimatul Urus ~


Alhamdulillah wa sykurlillah, segala puji dan syukur buat pencipta maya, tuhan sekalian alam, Allah Yang kuasa. Selawat dan salam buat baginda junjungan, Muhammad Rasulullah SAW.

Dalam kekangan waktu, terselit jua kelapangannya, jadi ana gunakan ia untuk menunaikan satu tanggungjawab. Semoga Allah memberi keberkatan pada waktu setiap daripada kita.

Ana yakin entry kali ini bakal mengejutkan bagi yang masih belum mengetahui, namun inilah hakikatnya, bertenang ye semua (termasuk diri sendiri)...

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, ana dengan penuh rasa kesyukuran dan rasminya menjemput seluruh pembaca blog Wadi Al Qurra', saudara mara, sahabat handai, dan seluruhnya, tidak kira sama ada pernah bersua ataupun tidak, yang telah mendapat kad ataupun belum, yang telah tahu ataupun tidak, untuk manambahkan lagi keberkatan majlis walimah kami :



Mohd Zulhairi Bin Mustafar & Norazini Binti Mat Hassan

Sebelah Muslimat (Akad & Kenduri):

Jumaat, 6 Rabiul Akhir 1432 Hijrah, bersamaan dengan 11 Mac 2011,

Bertempat di PT 32805, Jalan Ketapang Paya, Teluk Ketapang, 21300, Kuala Terengganu, Terengganu

Majlis bermula dari pukul 11.30 pagi sehingga 5.00 petang.


Sebelah Muslimin (Majlis Kenduri Kesyukuran)

Ahad, 8 Rabiul Akhir 1432 Hijrah, bersamaan dengan 13 Mac 2011,

Bertempat di 9/80, Kampung Selising, 16810, Pasir Puteh, Kelantan.

Majlis bermula dari pukul 12.oo tengah hari sehingga 5.00 petang

Ana sertakan di sini kad jemputan rasmi, jika anda menerima kad atau maklumat selain daripada ini, maka itu adalah cetak rompak... :P

( Sila klik pada kad untuk paparan lebih jelas, jika masih belum cukup jelas, sila hubungi ana :D )

Sekali lagi ana menjemput sesiapa sahaja yang mengenali kami, tidak kira di alam realiti atau maya, untuk sama2 menambah keberkatan majlis, jemputan ini terbuka untuk kedua dua belah pihak, mahu datang dua2 majlis pun ana alu alukan, semoga Allah permudahkan segalanya...ameen ya Allah.

Website : http://www.weddingwire.com/zulhairinorazini


Firman Allah SWT :
" Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang "
ar Rum : 21

Al Imam Hassan al Banna, arkitek dakwah moden dalam maratib amalnya telah menggariskan Baitul Muslim sebagai langkah kedua dalam mencapai Daulah Islamiyyah. Langkah kedua itu terbitnya selepas langkah pertama iaitu Takwin Fardil Muslim atau pembentukan individu muslim. Ramai yang menjadikan alasan untuk tidak meneruskan kepada Baitul Muslim kerana langkah Takwin Fardil Muslim masih belum sempurna...inilah salah faham yang berlaku...

Mengapa ana katakan ia salah faham?...begini Qurra' sekalian, takwin fardil muslim itu adalah satu proses yang tidak akan tamat, jika kita mahu menunggu ia selesai baru meneruskan kepada langkah kedua iaitu Baitul Muslim, maka usahlah kita berangan angankan Daulah Islamiyyah.

Takwin Fardil Muslim adalah satu proses yang sentiasa bergerak seiring dengan pertambahan ilmu, pengalaman dan masa, oleh sebab itulah kita dituntut untuk berubah menjadi lebih baik dari hari ke sehari. Qurra' sekalian, untuk menjadi lebih baik, menyempurnakan fasa kehidupan dan menyahut seruan sunnah Rasulullah SAW serta sunnatullah, maka Baitul Muslim adalah salah salah satu pelengkap kriterea dalam pembentukan Takwin Fardil Muslim.

Allah SWT menciptakan lelaki dan wanita untuk saling melengkapi, setiap pasangan yang mengimpikan kebahagian tidak dapat tidak, wajib meletakkan kesanggupan untuk saling melengkapi itu sebagai ramuan utama rumah tangga. Mengapa persoalan saling melengkapi ini menjadi salah satu persoalan utama?. Qurra' sekalian, lelaki dan wanita dijadikan dengan kedudukan yang sama di sisi Allah, tidak dilebihkan lelaki daripada wanita ataupun sebaliknya. Kefahaman yang sebenar dalam hal ini adalah, lelaki dan wanita di jadikan sama kedudukannya namu berbeza peranan. Dengan peranan yang berbeza inilah ia menuntut untuk setiap pasangan saling melengkapi saling menerima seadanya.

Lelaki ada tempatnya di mana ia memerlukan wanita untuk melaksanakan satu2 hal, begitu juga wanita, akan ada juga satu keadaan di mana ia memerlukan lelaki untuk melaksanakannya, masing2 ada kelebihan dan kekurangan, inilah halnya apabila dikatakan saling melengkapi dan sama kedudukan namun berbeza peranan.

Ana memohon kepada Allah, Baitul Muslim yang bakal kami dirikan ini agar sentiasa dalam panduan dan pimpinanNya. Ana juga memohon sumbangan ikhlas dari seluruh sahabat sekalian untuk mendoakan agar dipermudahkan segala perancangan kami...doakanlah agar Mohd Zulhairi Bin Mustafar & Norazini bt Mat Hassan sentiasa dalam redha Allah dan bahagia hingga ke syurga dengan cinta tanpa syarat, lillahita'ala...Allahumma Ameen...

Ana sertakan juga satu doa yang dilagukan oleh Maher Zain, Barakallahulakuma, sebelum lagu berikutnya pula, For The Rest Of My Life!...:)


( Doakan kami!, SemOga Allah meredhai kami & kalian ~ )

p/s : Ana dah menjemput, kalian bila lagi?...:p

~ Sana Sini ~

Bismillah...

Alhamdulillah wa syukurlillah, puji dan syukur ke hadrat ilahi, pencipta alam, pentadbir semesta, Allahu Rabbi. Selawat dah salam buat baginda Rasulullah, Muhammad SAW.

Kesekian kalinya Wadi Al Qurra' mendapat sentuhan empunya laman, dan pastinya ia berlaku dengan izin Allah SWT. Kali ini, ana berhasrat berkongsi - kongsi sahaja sedikit pengalaman setelah berada di tempat baru, tidak lebih 2 bulan lagi ana berada di Bangi, jolokannya bandar ilmu. Tidak salah gelaran itu, sememangnya bandar ilmu, sehinggakan kita pula yang pening mahu memilih, ilmu apa, tajuk apa, penceramah mana, pidato mana yang mahu di pilih, tiap hari pun begitu, semoga bumi Malaysia menjadi subur begini, bahkan lebih subur lagi hendaknya, ameen ya ALLAH!

Ana tidak memilih untuk berkongsi semua, ada yang privacy, ada yang kurang sesuai di kongsi bahkan ada juga yang malas untuk di kongsi dek kerana malas menulis banyak2, maafkan ana kerana malas...:D

Beberapa minggu lepas, ana berkesempatan untuk menyertai majlis aqiqah anak kepada 2 orang jemaah Masjidil Hasanah, Bandar Baru Bangi. Salah seorangnya adalah anak Shamsul Ghau-Ghau, ya dia sememangnya jemaah tetap di Masjidil Hasanah :). Jamuannya bukan calang2, 2 ekor kambing panggang, dan 2 ekor kambing gulai, termasuk jugak lauk pauk yang lain, alhamdulillah.

Seronok melihat artis yang sering kita lihat dunia mereka sentiasa terpalit dengan gosip, maksiat dan sebagainya dekat dengan masjid. Apatah lagi setiap waktu ada, bahkan pula membawa anak solat berjamaah dan mendengar tazkirah, inilah yang kita mahukan. Lihat bagaimana suasana dapat membentuk peribadi seseorang, persekitaran yang baik akan mendorong sesiapa sahaja untuk berubah menjadi baik, bayangkan jika Malaysia secara menyeluruh mengamalkan Islam yang TULEN!...semoga Allah mempermudahkan.

( Majlis aqiqah anak Shamsul Ghau-Ghau )

( Baby comel...nyum2... )

( Inilah yang di nanti-nantikan!...:p )

Ekspedisi Mobilisasi Dakwah Tahun Baru juga ana mahu kongsikan. Malam tahun baru sering kali menjadi tarikh pilihan muda mudi untuk keluar beramai ramai membuat countdown, selepas countdown ke mana mereka?...inilah gejala anak muda kini, pergaulan bebas, seks rambang, mabuk dan bermacam-macam lg. Gaya hidup ini sebenarnya hasil promosi pihak bertanggungjawab sekarang. Apa tidaknya, dengan hiburan melampau, rancangan televisyen, HUB HIBURAN dan lain2, inilah nurture atau didikan pemerintah kini kepada anak muda.

Alhamdulillah, masih ada pihak yang prihatin. Ana sempat menyertai Ekspedisi ini yang diketuai oleh PAS dengan kerjasama MPKJ, Yayasan Amal, Unit Amal, PERKIM, ISMA, AJK MASJID dan Surau sekitar Kajang, Bangi dan lain2. Seronok melihatkan kerjasama erat pelbagai NGO, tua dan muda yang masih punya kesedaran untuk membanteras gejala hasil didikan pemerintah yang kurang sedar akan akibat perlakuan mereka.

( Taklimat dari Ustaz Idris )

( Ok...cube teke siapa saya...:p )

( Pegawai MPKJ turut membantu )

( Vromm2.. )

Solat Hajat & Pidato Perdana di Stadium Melawati juga menjadi pilihan agenda untuk ana kongsikan. Stadium Melawati dikerumuni oleh 30 ribu jamaah yang mahukan Islam yang tulen bertapak. Suasana sesak yg terjadi dek kerana masing2 mahu bermunajat kepada Allah sangatlah berbeza dengan suasana sesak dek kerana konsert Pitbull ataupun Adam Lambert, terkinja kinja seperti cacing kepanasan, adakah itu latihan untuk terkinja kinja menahan panas di akhirat sana?...wal'iyazubillah, semoga Allah selamatkan kita dan mereka, dan semoga Allah memberikan pengajaran buat mereka yang memperlekehkan syariat.

Tazkirah Maghrib dari Tuan Guru Haron Din, solat hajat, pidato dari tokoh2 pakatan rakyat termasuk Tok Guru Nik Abdul Aziz tercinta yang hadir dengan berkerusi roda. Lihat bagaimana satu sosok tua yang masih cekal memperjuangkan Islam, mahukan ketulenan Islam bersinar kembali di Bumi Malaysia, siang malam mengatur langkah, tidak kira penat lelah, wang dan tenaga di curah, namun masih lagi ada suara2 sumbang yang memperlekehkan, dari UMNO atau penentang Islam tidaklah pelik, namun jika dari yang mengaku sebagai "Jemaah Islam", butakah hati mereka untuk menilai perjuangan mana yang benar?...teruslah berada dalam zon selesa, dan zon selamat itu!

( Tazkirah Maghrib - Tuan Guru Haron Din )

( 30 ribu orang bermunajat memenuhi Stadium Melawati, Shah Alam )

Seterusnya, sebagai akhir perkongsian bergambar, demi meraikan Tanggal 14 Januari 2011. Benar, tiada cuti umum tanggal ini, namun ia lebih istimewa sebenarnya dari cuti umum kerna tanggal ini genaplah 24 tahun Mohd Zulhairi Bin Mustafar, empunya Wadi Al Qurra' bertapak dan menumpang di bumi Allah yang Maha Kaya. Team Tareeq Al Jannah Travel & Education, iaitu tempat ana bekerja tampaknya bersungguh-sungguh menyediakan majlis hari lahir. Ok, sedikit sebanyak ana terharu, apa tidaknya...bos sendiri belanja kek secret recipe yang best itu, dan meehun sup serta aiskrim HPA oleh officemate.

Sangatlah best bila ana di minta untuk berada di bilik meeting pada pukul 12 tengah hari kerana ada meeting penting yang ana wajib hadir. Tiba2 meeting bertukar menjadi majlis hari lahir. Namun di sebabkan sense yang kuat, majlis itu dapat di hidu kerana bau meehun sup sangat la kuat...hehe

( Besday boy yang supan...:p )

Minggu lepas sempat turun ke Melaka. Bertemu mata dengan sahabat2 dan adik2, ke majlis ilmu di Baitul Qurra' serta tidak ketinggalan agenda "edar mengedar". Alhamdulillah, dengan izin Allah apa yang ana lalui ini terjadi, dan sentiasa mengharapkan agar setiap langkah berada dalam redhaNya...Allahumma ameen...

Ada sedikit gambar sebagai teaser~ :D

( Cantekk...~:D )

p/s : Masih menunggu buku itu...:D
p/s : Agaknya berapa entry lagi sebelum entry yang "itu"