.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

Poster di Bukit Gantang - Betulkah begini?

Bismillah...

Alhamdulillah, segala puji dan syukur buatNya yg berhak, juga selawat dan salam buat Baginda tercinta Muhammad Rasulullah.

Dua tiga hari ni, dan boleh dikatakan sepanjang minggu ini posting2 di Wadi al Qurra' lebih terarah kepada siasah. Mengapa ya, sebabnya mmg itu yang menjadi perhatian ana sekarang, dan disebabkan prisip KITA yg tidak sekali kali memisahkan politik dan Islam itu sendiri, maka rasanya tiada masalah lansung untuk berkeadaan seperti ini...yang benar itu terima saja, yang salah itu tegur2.

Kali ini hanya update ringkas ya, mahu tayang sediktit satu poster dari pihak BIRU TUA, cuba kalian perhatikan betul2 apa yang tidak kena.



Ini adalah salah satu poster yg terdapat di Bukit Gantang, apakah yg menjadikan ia sebagai bahan di Wadi al Qurra'?...cuba lihat ejaan AMALAN itu, nak kata arab pun bukan, jawi pun bukan, mungkinkah ia bahasa jawa?...oh ya, mungkin juga jawi yg baru diperkenalkan, ah...ana sudah ketinggalan nampaknya...itu satu, tengok ejaan MALAYSIA juga...ana betul2 sudah ketinggalan sekarang!

Bukan mahu lebih2, cuma soal ana, berdegar siang malam mahu pertahankan PPSMI, mengangkat bahasa asing, tetapi yang ini...mahu eja yg sedikit pun sudah berpinar. Ini bukan soal satu ejaan, tetapi secara keseluruhannya, begini sajakah kemampuan ahli2 akedemik KAMU yang bijak pandai itu?...ini baru sedikit, belum lagi yg selebihnya, tolonglah rujuk kembali pada al Ustaz sepak tong, Mantan imam negara itu, atau Mashitah, atau boleh juga menteri haji si Zahid Hamidi...jangan tanye soal tong2 yang disepak, soal berebut tanah, atau soal tarian yang amat senonoh sebagai menghormati budaya itu...biar saja ia berlalu...cuma bila mahu buat poster, rujuklah mereka yg lebih tahu, atau sudah tidak adakah ilmuan KAMU yang tahu?...kalau tak ada, ana yg mengaji tak habis ini insyaAllah boleh bantu sedikit2...wah...sungguh sinis posting kali ini...terima saja yg benar itu, betul2kan yg salah...

*Sama2 doa kemenangan di pihak yang benar!...ada 3 pilihanraya kecil, yg paling mencuri tumpuan ana pastilah Bukit Gantang!...kerana itu tempatnya calon dari jemaah pilihan, ah jemaah apa pula ya?...:D...sama2 doa!

Lanjutan : Bukit Gantang Gemilang disinari Bulan Purnama

Bismillah...

Alhamdulillah, ucap syukur padaNya, ulang ulang jemu jangan terasa, siapa untung siapa suka, dirimu jua beroleh gembira. Selawat dan salam buat kekasihNya, insan mulia pendeta kita, bersinar gemilau bumi dan dunia, Muhammad Rasulullah membawa cahaya. Berpantun bermadah membuka bicara, mengisi ruang mengukir berita, moga bermanfaat buat QURRA.

Semalam, ana selamat tiba di Klang setelah berpenat pada petangnya, agak padat jadual hujung minggu ini, Melaka - Klang - Taiping - Bukit Gantang - Ipoh - Klang...dan nanti akan kembali pula ke Melaka. Posting kali ini, menunai janji mahu becerita sedikit berkenaan P059 Bukit Gantang. Tadinya kami sempat menyulusuri keadaan disana, Alhamdulillah...nampaknya jika tiada toyol2 yang comel itu, insyaAllah KITA menang, cuma memang ada angin bertiup sedikit, MEREKA akan meraih sedikit sebanyak lebih undi dari Melayu, ada angin2 yang mencorak kearah itu, wallahu'alam, tetapi bagi ana jika keadaan tidak dimanipulasi pihak SANA, insyaAllah KITA menang. Salah satu faktor yg menyumbang kearah itu adalah kerana Calon KITA itu, Ir Nizar bukan calang2 manusia. Apapun, semua bergantung pada izinNya jua bukan? :)

Ok, ana mula dari awal, paginya kami sarapan di Hotel, selaku pusat media bg pilihanraya kecil P059, sila rujuk entry sebelum ini, maka sambil makan2, nampak jua kelibat2 personaliti TV, terutama dari RTM, depa dah siap pasang alatan semua, media lain masih nyenyak tidur barangkali, sibuk la katakan. Tetapi itulah hakikatnya RTM selaku sumber berita SAHIH nombor satu di Malaysia, mestilah cekap serta cepat. Cekap dan cepat memutar alam...hehe.

Selesai aktiviti makan2, kami teruskan dengan agenda seterusnya. Tup Tap2, masa berlalu, petang itu kami berangkat ke kawasan perperangan, malam sebelumnya kami cuma ke pinggir2, tapi kali ini kami ke tengah medan, maka pasti QURRA' akan sedikit terkejut dengan foto2 yang sempat ana tangkap, akan ana sertakan, sudah menjadi perkampungan FRU!...mereka sudah siap membina perkampungan semetara disana, polis2 lain ke hulur ke hilir menunjuk gaya, sempat juga abang ana mengusik2 polis itu...hehe

Tetapi dari penglihatan ana, jumlah truck2 polis dan FRU yang ada sedikit kurang jika dibandingkan dengan pilihanraya kecil Kuala Terengganu yg lalu, mungkin kerana kali ini 3 pilihanraya kecil diadakan serentak, perlu dibahagikan jumlah mereka. Sebenarnya secara ikhlas ana mengakui kehadiran polis2 adalah untuk menjaga ketenteraman awam, tanpa mereka pasti lg kacau keadaan, tetapi apa yg ana amat kurang senang bilamana KITA di provoke, tetapi seterusnya kita pula yg dipersalahkan, dan itulah hakikatnya, demo2 yg di adakan sebelum ini, hampir kesemua begitu...jika KITA yg lakukan, akan dicari jalan untuk menunjukkan kita di pihak salah, tetapi jika pihak SANA yg demo, berkumpul atau berceramah, semuanya HALAL...ah, Malaysiaku tercinta!

Satu lagi berita yang Kami dapat ketika disana, dengarnya HINDRAF mahu berkumpul malamnya di kem Kamunting, kem tahanan ISA yang amat glemer tu, berdekatan juga. Mengikut info yang diperolehi, bakal terjadi sedikit pergelutan, ana x pasti berlaku atau tidak, kami tidak disana malamnya. Tetapi harapan ana, janganlah mencari jalan yang boleh merosakkan ketenteraman awam. Mereka berkumpul untuk menuntut dibebaskan geng2 mereka yg ditahan di bawah ISA, PM baru kita sudah bebaskan 13 org, tetapi tak silap ana ada 2 daripada org mereka masih di tahan.

Selain itu, kami juga dapat satu cerita dari mereka yang di Taiping, Kawasan berhampiran dengan Tasik Taiping itu kalau ana tak silap, ada satu rapat umum malamnya, tetapi natijahnya, pagi itu bersepah sepah kawasan itu, dan tekalah siapa...penuh dengan botol2 air pihak BIRU TUA itu, dah la ketika ceramah itu kelakuan masing macam sudah hilang tamadun, kepada MB Perak baru yang KAMI TIDAK IKTIRAF itu, cuba jaga kelakuan pengikut anda, jangan menjadi seperti anda ya. Cukuplah anda sorang begitu, cakap berdegar di TV, tp di luar, kami tahulah siapa yang begitu sebenarnya. Kepada soff BULAN PURNAMA, jaga adab dan kelakuan ya, kalau tak mahu jaga nama sendiri, jagalah nama Islam itu, jangan terikut rentak pihak SANA!...Kelakar teringat satu kempen yang dijalankan pihak sana, majlis yg dihadiri Zahid Hamidi, menteri haji org kata, selaku naib presiden UMNO, antara yg islamik dalam UMNO, apa majlisnya? Tarian separa Bogel!...katanya " kita menghormati budaya mereka (non muslim)"...kejadah apa?...budaya cina atau india?...budaya mereka pun tidak sesekali menggalakkan begitu!...ini budaya bacul yang direstui MEREKA!...anda mahu kebaculan seperti ini terus berlaku?...tepuk dada tanya iman...lihat sendiri video dan komen encik menteri itu.

QURRA' sekalian, jika berkesempatan jengok2 lah mereka di Bukit Gantang, Seronok! macam karnival pula...macam biasala kan kalau ada pilihanraya, cukup meriah! dengan ekspo2, peniaga, bendera, ceramah, dan yg utamanya FRU!...hehe...selanjutnya ana sertakan gambar2 yang sempat ana peroleh ketika di sana, biar gmbar itu berbicara sendiri, akhirnya, kami pohon maaf kepada sahabat di Bukit Gantang kerana tidak berkesempatan utk bersama kalian pada 7 April nanti oleh kerana masing2 ada komitmen yg tak dapat dielakkan, apapun insyaAllah doa kami bersama kalian, terus juang!!!...

TAKBIR!!!....ALLAHU AKBAR!!!


PS : Kepada PM baru, entry untuk meraikan anda lain masa ya, nanti kita usahakan...=D


(Perkampungan Polis dan FRU, luas kawasannya, belakang tu ada lagi, macam baru bukak kampung baru ja depa ni)

(Antara truck2 FRU yg kelihatan, x sempat ambil semua la, lgpun beringat juga, kut tgk kita duk ambil gmabr, tup2 kene sembur air pancut tu...hehe)

( Jentera merah gagah perkasa, main langgar2 best ni kan2)



(Bila bulan terang, Bukit Gantang gemilang!)

(Semangat tu duk tengah2 jalan...hehe)

(Ade merate rate si merah saga ini, klau bagi ana sebijik kan bagus, byk sgt kut...=D)

(Perkampungan polis kat Changkat Jering, salah satu dun bawah parlimen Bukit Gantang)








Taiping, Bukit Gantang, Hotel dan Kami...

Bismillah...

Syukur Alhamdulillah, kepada Allah diucapkan syukur, kepada Allah jua dikembalikan segala pujian. Selawat dan salam buat baginda junjungan Muhammad Rasulullah.

Menulis ana di pagi hari bagi meluah rasa, melakar bicara walau dalam keletihan juga mengantuk, baru saja sampai di Taiping pukul 3 pagi, berjiran dengan bukit Gantang...insyaAllah kami ke sana nanti. Jerih sungguh mencari hotel di sini, semua penuh!...Bukit Gantang bukit yang membawa tuah kepada penduduk di sekitarnya ketika ini, manakan tidak, hotel yg ana diami ini pun sudah penuh sebenarnya, mujur saja ada yg tidak dtg setelah telah membuat tempahan. Jangan terkejut pula, ana bersama para wartawan ketika ini, hotel ini sebenarnya menjadi pusat media bagi urusan pilihanraya P 059 Bukit Gantang.

(Sempat juga ambil sekeping tadi, hehe =D)

Agak kelakar sebenarnya pagi ini, ketika kami mencari2 hotel td, memang ramai yg mengikut jejak langkah kami, semua membuat muka kesian mahukan bilik...hehe. Kebanyakan hotel yang kami singgah bertanya semua menggeleng, sampai satu hotel tu, kami belum pun sempat berhentikan kereta, pakcik guardnya menggeleng gelengkan kepalanya awal2 lagi tanda kehabisan bilik, comel sungguh pakcik itu...hehe

Sampailah kami melalui satu hotel, SSL Traders Hotel, Terpampang disitu PUSAT MEDIA PILIHARAYA KECIL P 059 BUKIT GANTANG, dengan kereta yg berderet dan bas kerajaan negeri Perak di depannya, abang ana bertanya ana, mahu tanya hotel ini tak sambil tersenyum simpul. Ana dengan yakinnya kata tak yah lee...hehe. Tapi oleh kerana terdesaknya kami, maka berhenti juga tanya, abang ana dengan spontan mengingatkan ana, cuba bukak kopiah tu, takut2 depa tak bagi sebab ingat orang PAS. Ana gelak2 saja sambil tanggalkan kopiah...kita tengok ya!

Tup2...Ya Allah!...sungguh menjadi kenyataan, mahu tergelak besar kami, bukak kopiah baru dapat hotel...hahaha...orang PAS saja yang kenal kopiah kut...hehe. Dan disinilah kami menginap, alhamdulillah diberi izinnya untuk kami, kalau tidak kereta itulah yg bakal menjadi penginapan =D. Menarik juga apa yang terjadi, suka tengok gelagat manusia...ramai memang ramai, kereta berderet2 di setiap penginapan.

Ah...penat!...tadi bergilir drive dari Klang hingga ke Taiping, mahu undur dulu ya!...oh ya, sebelum terlupa, Kita Sudah ada PM baru yang tiada kaitan dengan AL**N**YA itu, sekali lagi ana ulang! Beliau tiada kaitan OK!...Juga dengan Scorpene!...beliau tidak ada kena mengena!...percayalah, ana berkata dengan penuh kesungguhan...Qul al haq walau kaana murran!...tafsirlah sendiri ya...hehe. InsyaAllah akan ada posting lanjutan untuk meraikan PM baru kita dan untuk Bukit Gantang nanti. Kita teliti apa itu PEMIMPIN ISLAM yang sebenar nanti...insyaAllah...jumpa lagi!...ibadah sirr menanti!...=D