.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

IU Dinner - A Night To Unite

Bismillah...

Alhamdulillah...dengan nikmatnya masih lagi kita disini, ucap syukur ungkap puji, semua milikNya, selawat dan salam buat baginda junjungan, Muhammad Rasulullah.

Kali ini, update sekadar mahu mengalihkan fokus ana dari sesuatu dan berkongsi berkenaan Dinner Institusi Usrah yang telahpun selesai pada Ahad lepas, 19 April 2009. Dengan tema yang menarik, A Night To Unite - Bridging Ukhwah In One Night. Dinner kali ini alhamdulillah dengan izinnya telah sedikit sebanyak memperakui dan meraikan ahli2 yang telah berpenat lelah mencurah bakti dan tenaga buat kelestarian perjalanan Institusi Usrah MMU Melaka.

Dengan pakaian ala tradisional dan kekampungan yang telah dijadikan tema persalinan dinner kali ini, maka, agak menarik perhatian juga melihat mereka2 ini berkain pelikat masuk ke Avillion Legacy Hotel, tapi bukan ana, ana tidak ikut tema, mcm biasa, buat cara sendiri, pakai saja yg rasa berkenan.

Majlis di serikan dengan aturcara2 yang menarik seperti nasyid, permainan, kuiz, lakonan dan pastinya yang paling menarik adalah makanan!...Kali ini, asam pedas pun ada sekali dalam menu, tradsional la katakan, sedap juga, dan lain2 menu, usah cerita, ana tak ingat. Yang menarik perhatian dalam banyak2 atucara itu adalah lakonan yang mengisahkan seorang pemuda kampung yang menang lawan gusti tangan, kemudian menjadi kaya selepas itu dan terus lupa diri, menarik, dengan pelakon yg amat berbakat.

Dan sebenarnya ada satu lagi yang amat bermakna, yang hadir malam itu bukan kami saja ahli2 IU, tetapi ada tetamu istimewa, bak kata Ustaz Najib, merekalah VVIP malam itu, ya, tentu sekali mereka! Mereka datang dari Darul Aitam dan juga Maahad ar Rahmah, dua buah penempatan anak2 yatim dan kurang kemampuan, Adik2 dari sana jumlahnya lebih kurang 40 org, Merekalah sebenarnya watak utama untuk dirai.

Alhamdulillah, ana di aturkan untuk duduk di meja jemputan bersama adik2 dari Darul Aitam, jadi dapatlah kami melayan kerenah adik2 ni, sibuk layan adik2 makan, nasi, lauk pauk kami tolong tuang2kan, terasa macam ayah2 pula. Bilamana kuiz dan permainan, kami macam yg mcm ayah2 ni sibuk angkat tangan, nak suruh adik2 ni contribute sama, nanti dapat hadiah, tp kami pula lebih2...tapi alhamdulillah, meja kami 2 kali juga dapat hadiah, tahniah adik2 ya. Apapun Alhamdulillah, semuanya lancar, syukur dapat meraikan mereka yang memerlukan, mungkin boleh dipergiatkan lagi selepas ini, insyaAllah.

Maksud firman Allah SWT :

" Mereka juga memberi makan benda2 makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan, (Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih, Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Dia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang2 yang bersalah: Masam berkerut-kerut. Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka) dan perasaan ria gembira (di hati). Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera "
al Insan : 8-12

Untuk selanjutnya ana sertakan sedikit gambar dan biarkan ia berbicara sendiri :

( Lakonan pentas )

( Bersama Adik2 Darul Aitam )

( Zul & Hisyam )

( Bersama barisan pelakon malam tu )


( Selepas program tamat )


* Masih ada lagi ke IU dinner selepas ini? ia last untuk ana saja, atau last untuk IU sendiri?...satu persoalan untuk semua yang berkenaan

10 comments:

syukran jazilan sudi melayan tetamu istimewa pd malam tu. :)

*ayat last yang menarik untuk difikirkan...

 

afwan...xde ape pun tu...biase je pun...ada org tu kehulu kehilir bawak hadiah, lagi la kan...

ya, mmg satu persoalan yang agak menarik...cuba fikir kebaikan dan keburukan...apa yg lebih aula n sebagainya...moga konklusi yg terbaik kita capai...semua tahu fiqh aulawiyat bukan...:)

cuma yg telah berlansung tu kita sokong saja, usaha penganjur2 amat dihargai!...semoga dirahmati Allah sentiasa...

 

semoga mendapat barakah dari Ilahi...amien..sekolah yg ana ngajar pn ada anak2 yatim..huhu kalo nk jemput blh la.huhuhuh

 

dah nampak ketokohan ayah dah tu..

salam ziarah..jazaka Allahu khir atas pautan.

 

to mardhatillah

Allahumma ameen...ye?..jika ada kesempatan apa salahnya meraikan...

to aini

wslm wrhmtlh...syukran juga atas pautan balas..

ketokohan ayah mithali agaknya ya?...eheh

 

Salam ukhwah...nice pautan...boleh jd ayah yg mithali ni..abg zul nak grade dah ka??
ni r tak best ni..tak da org yg suka bergambar dah pas ni..hehehe

 

wslh wrhmtlh...ehe...mithali sungguh!...insyaAllah last sem dah ni...isk2...jadi alumni pun boleh bergambar jugak pe...ehehe

 

apa maksud ayat last?

 

maksudnya?...ada isu sikit pasal ni, insyaAllah jumpe kita cakap ye...:)

 

ASSALAMUALIAKUM......WAHAI PEMUDA EGYPT....CAM NER CUACA KT SANE????KT MELAKE PANAS..