.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

Pemimpin : Keberadaan Bersama Rakyat

Bismillah...

Maksud firman Allah SWT :

" Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran)dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya) dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat "

an Nisa' : 105

Alhamdulillah wa syukurlillah, puji dan syukur buat Penguasa alam. Selawat dan salam buat baginda junjungan, Muhammad Rasulullah.

Pertamanya ana ingin memohon kemaafan jika posting ini mungkin akan mengguris sesetengah pihak, namun apa yang akan di muatkan nanti hanyalah sebagai maklumat untuk kita sama2 menilai sendiri betul atau salah, tepat atau tersasar. Ini bukanlah sebagai bahan untuk menjatuhkan pihak2 tertentu, tetapi ia sebagai titik tolak perubahan minda agar lebih telus dalam menilai. Ana tidak pernah memuatkan posting sebegini di Wadi al Qurra', tetapi kali ini ana buat juga, kerna ana rasa Islam tidak akan mencapai 'izzah jika yang batil masih diangkat, dan yang haq terus ditekan.

Maksud firman Allah SWT :

" Atau kerana mereka mengatakan: Dia kena penyakit gila? (Sebenarnya bukan kerana sesuatu pun dari yang tersebut itu) bahkan kerana Rasul mereka datang kepada mereka membawa agama yang tetap benar dan tabiat kebanyakan mereka tidak suka kepada sebarang kebenaran "

al Mukminun : 70

Keberadaan bersamaan rakyat adalah antara unsur penting bagi pemimpin yang mengamalkan Islam yang syumul, dan tentulah jauh dari rakyat itu menunjukkan sebaliknya. Imam as Syafie Rahimahullah juga pernah berkonfrontasi dengan seorang gabenor pabila gabenor itu nampaknya menjauhi rakyat demi kerna tugas formalnya semata sehinggakan al Imam difitnah. Jika mahu dekati rakyat pun hanyalah ketika mana majlis2 rasmi yang di atur rapi. Pemimpin bukanlah jawatan eksklusif yang secara automatiknya menaikkan maqam dan martabat seseorang sehingga menghalang ia dari menyentuh rakyat bawahan, bahkan jawatan itu bakal menjatuhkan martabatnya sebagai manusia jika ia tidak dilaksanakan dengan jujur dan amanah. Jawatan sebagai pemimpin itu adalah bermaksud ia wakil Allah bagi melaksanakan tuntutanNya, bukan mencari alasan itu dan ini demi meraih sokongan semata. Pemimpin atau apa pun, kita tetap hamba Rabbul 'Alamin.

Ana teruskan posting ini dengan menyelitkan gambar2 yang rasanya lebih mudah memberi kefahaman :

( Tuan Guru Abdul Hadi selepas beliau dan anaknya menyelamatkan seorang mangsa lemas di kampungnya 14 Feb lalu )



Dengan gambar dan video di atas, ana yakin jika perdana menteri dan seluruh menteri Malaysia melihat keadaan ini, mereka juga akan melakukan perkara yang sama, iaitu menyelamatkan mangsa lemas tersebut. Namun, ana mahu kita melihat dari konteks yang berlainan, apa itu keberadaan bersama rakyat?...ia bukanlah hadir dalam majlis atau jamuan tertentu semata, membuat rumah terbuka, itu semua orang boleh buat. Akan tetapi keberadaan bersama rakyat adalah pemimpin itu benar2 tinggal dan menjiwai cara hidup rakyat, dengan tidak perlu di buat2. Melihat Tuan Guru Abdul Hadi, beliau sememangnya berada ditempat kejadian sedang memancing bersama keluarga dan masyarakat setempat, dan beliau benar2 berada bersama rakyat setiap masa, tidak perlu majlis atau jamuan tertentu. Hobinya sendiri sebagai nelayan telah membantu beliau bersama rakyat. Rasulullah SAW, Khulafa ar Rasyidin, dan seluruh khalifah ummat Islam yang hebat semuanya bertindak sedemikian, mereka tinggal dan menjiwai cara hidup rakyat setiap masa dan ketika, inilah kenyataan, dan sekarang penguasa kita di Malaysia tidaklah begitu kelihatannya, telanlah walau ia pahit, jangan geleng tapi anggukklah akui kebenaran.

Maksud sabda Rasulullah SAW :

" Demi Allah, bukan kefakiran yang aku khuatirkan terhadap kalian, tetapi yang aku khuatirkan adalah jika kekayaan dunia dilimpahkan kepada kalian sebagaimana telah dilimpahkan kepada orang-orang sebelum kalian, kemudian kalian akan berlumba lumba mendapatkannya sebagaimana mereka berlumba-lumba dan akhirnya dunia itu membinasakan kalian sebagaimana ia telah membinasakan mereka "

HR : Muslim


( Ayahcik atau TG Abdul Hadi sedang menjala )


( Inilah rumah TG Abdul Hadi )

Ini kehidupan seorang pemimpin yang di rasai keberadaannya bersama rakyat, ana tidak tahulah jika masih ada yang mahu menafikannya lagi, bahkan ada yang mengutuk mengeji pemimpin2 sebegini, dengan ilmu yang tidak tahu mana arasnya, ana sendiri rasa malu. Pastinya, pemimpin ini adalah seorang manusia yang tidak mampu lari dari kesilapan, bahkan Rasulullah SAW sendiri sebagai Nabi dan Rasul masih melakukan kesilapan, ini adalah fitrah sebagai manusia. Ulama' maktabar atau siapa sahaja, pasti ada silapnya, tetapi jangan kerana silap itu kita lupa segala kebaikan, sehingga sanggup memburuk burukkan mereka, siapa kita? siapa anda?...sedarlah. Berdakwah atau menegur perlu bi adab ( dengan adab ) bukannya biadap!

( Ini pula Rumah TG Nik Abdul Aziz )

Bagaimana selepas menjadi menteri besar Kelantan selama 20 tahun, kehidupan TG Nik Abdul Aziz masih juga begitu keadaannya, tiada apa yang berubah, bahkan jika dulu beliau menggunakan pen jenama BIC yang hanya RM 1 atau RM 2 itu, pen itu jugalah yang beliau gunakan sekarang. Keberadaan bersama rakyat, tidak terpikat dengan gaya hidup pembesar2 lain, inilah yang membuat beliau kuat memegang nilai2 kesederhanaan yg sememangnya amat dituntut dalam Islam. Beliau dan rakyat, sama sahaja, cuma yang membezakan beliau telah diberi kepercayaan untuk memimpin, dan beliau memimpin tanpa mengharapkan harta yang bertimbun, elaun beliau sebagai MB (45 peratus) dan juga wakil2 rakyat di Kelantan (25 peratus) dipotong untuk kebajikan rakyat, itu yang secara rasmi dipotong, yang tidak diketahui pula?. Para Pemimpin yang sanggup makan nasi bungkus ini, bahkan tidak menilai material dunia sebagai ganjaran, mereka ini yang kita mahu keji dan umpat?...kalian banding2kanlah sendiri.

Maksud Sabda Rasulullah SAW :

" Sebaik baik perkara adalah yang paling sederhana "

HR : Tirmidzi

( Rakyat dan pemimpin, sama saja kehidupannya )

( Malu rasa, lauk ana lebih lg dari Tok Guru )

( Keberadaan bersama rakyat, ana yang entah siapa2 ini boleh saja duduk bersembang dengan seorang Menteri Besar...)


( Tok Guru melawat projek padi organik di Tunjong, Kelantan )

Secara jujurnya, ana tidak pernah fanatik dengan pemimpin mana pun, jika ada salah serta silapnya dalam berpendapat, ana lebih suka mengambil sikap berkecuali dan menegur sekadar mampu. Dan jika ada pendapat dari pimpinan barisan lain, yang walaupun tidak sejalan dengan ana tetapi ia benar, makan ana akan telan dan terima. Namun, semua itu perlu dilakukan dengan adab dan menilai dengan ilmu. Kita tidak akan menjadi pendokong yang benar2 membantu jika hanya taqlid buta, menurut sahaja tanpa ilmu, dan kita juga tidak akan menjadi pendokong yang membantu jika kita menegur tanpa adab dan jalan yang tepat. Ini semua perlu ilmu di dada, jadi kita sebagai manusia yang kurangnya ilmu ini, tolonglah, sama2 tuntut ilmu lagi. Kefahaman dan iltizam perlu bergerak seiringan.

Maksud sabda Rasulullah SAW :

" Diwajibkan mendengar dan taat (kepada pemimpin) ke atas setiap Muslim sama ada dalam hal yang dia suka atau benci selagi mana dia tidak diperintah untuk melakukan maksiat. Jika dia diperintah melakukan maksiat maka tidak wajib untuk mendengar dan tidak wajib taat "

HR : Bukhari

Ana tidaklah mahu mengagungkan pemimpin tertentu dalam posting ini, cuma ana mahu perlihatkan apa yang perlu kita lihat agar mudah untuk menilai yang mana benar yang mana salah. Ana tidak akan memaksa untuk memilih siapa, tetapi, nilailah dengan mata hati, bukan emosi, demi ke'izzahan Islam, DEMI ALLAH, DEMI RASUL dan DEMI ISLAM!

Berbalik kepada keberadaan bersama rakyat, ia perlu dilakukan dengan betul, tidaklah kita sebagai pemimpin yang benar jika mahu menunjukkan kemesraan dan menjaga hati pihak2 tertentu sampaikan melupakan syariatullah. Bahkan ia akan menjadi satu dosa besar apabila pemimpin menunjukkan contoh yang melanggari syariatullah kepada umum, kerna impaknya sangatlah besar, bahkan ia mungkin menjadi ikutan kepada rakyat jelata seluruhnya.

( Mantan PM dan masih lagi ahli parlimen, inikah tauladan pemimpin?...moga diberi hidayahNya )

( Sebagai seorang yang mengaku Islam, juga isteri kepada pemimpin utama negara, adakah perlakuan sebegini dapat dijadikan tauladan kepada rakyat? dan adakah ia diredhai suaminya? )

( Jelas melanggar fatwa, inikah yang sepatutnya dilakukan sebagai Pemimpin Utama negara? )

ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991 (Enakmen 3/91)

Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu: “Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

Perlakuan2 sebeginikah yang boleh kita klasifikasikan sebagai keberadaan bersama rakyat? apabila rakyat berbuat maksiat kita pun turut serta, pabila rakyat melakukan kesilapan kita pun turut sama...beginikah?. Jelas sekali ini bukanlah dapat dipanggil keberadaan bersama rakyat, dan inilah yang dirisaukan, di mana masa depan Islam jika pimpinannya begini?...kita mahu mencari ke'izzahan Islam, namun kuasa terletak ditangan mereka yang jelas melanggar syariatullah, pelembagaan yang diangkkat adalah perlembagaan Lord Reid, sedangkan al Quran dan as Sunnah, di mana letaknya sekarang?. Sekarang apa jawapan kalian?...dan apa yang perlu kalian buat demi Islam?...fikir2lah.

Maksud firman Allah SWT :

" Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): Wahai Tuhanku!Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku. Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap "

al Isra' : 80-81

Sama2lah kita berdoa agar seluruh hati2 ummat Islam dapat disatukan, dapat melihat kebenaran yang nyata, dapat menilai kebatilan yang ada, semoga pihak yang salah dapat mengakui kesilapan dan tunduk pada kebenaran agar sama2 dapat bangkit memperjuangkan Islam dalam satu landasan. Sama2lah kita bermohon agar tidak ditipu dengan nikmat dunia semata, tidak dikaburi dengan godaan syaitan, juga tidak di perdaya nafsu yang menggoda. Melihat kepada situasi semasa, bunga2 perpaduan semakin timbul, dari segi teknikalnya sudah mula menunjukkan seri, cuma dari segi dasarnya, tidak dapat tidak, perlembagaan barat tidak boleh di junjung lagi, ia perlu tunduk kepada al Quran dan as Sunnah, jika ini terjadi maka insyaAllah, perpaduan yang sebenar bakal menjulang kei'zzahan Islam. Semoga Allah membuka seluas luasnya pandangan kita untuk menilai, memilih dan bersatu dengan pihak yang haq!...wallahu'alam...ana undur dulu.

* Ana lampirkan di sini bicara novelis terkenal Indonesia yang telah membuat fenomena melalui novelnya Ayat2 Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih sehingga dicorakkan menjadi filem,Kang Abik atau Habiburrahan el Shirazy mengenai Kelantan dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Kang Abik telah datang ke Kelantan 14 Februari lepas untuk menghadiri satu forum yang di anjurkan kerajaan negeri Kelantan berkenaan industri perfileman Islami. ikuti bicaranya, KLIK SINI

2 comments:

Semoga Allah membuka seluas luasnya pandangan kita untuk menilai, memilih dan bersatu dengan pihak yang haq!

Allahumma ameen...

 

Allahumma ameen...semOga di buka mata hati setiap ummat Islam di Malaysia agar menOlak kebatilan dan menegakkan kebenaran...insyaAllah