.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

Sehari di PWTC - Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis

Bismillah...

Sebesar2 dan sebanyak2 syukur buat Pemilik dan Pencipta diri, bahkan seluruh yang ada adalah ciptaanNya yang Kuasa. Selawat dan selawat buat baginda yang dirindui, Muhammad Rasulullah.

Berakhir sudah satu konvensyen yang julung kalinya diadakan seumpamanya. Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis yang telah berjaya mengumpulkan anak2 Malaysia yang punya kesedaran terhadap isu Palestine dan dengan jayanya telah mengumpulkan semua dalam satu dewan seramai lebih 3000 orang, alhamdulillah!

Konvensyen telah berlansung pada 9 Mei 2009, iaitu hari sabtu yang lepas. bertempatnya di PWTC, alhamdulillah ana berkesempatan turut serta memeriahkan suasana yg sememangnya cukup meriah. Kami rombongan MMU mewakilkan 2 bas, dan selebihnya 2 bas lagi adalah rombongan dari Melaka, jadinnya 4 bas lah, ramai juga, alhamdulillah. Kami bertolak dari MMU pukul 6.45 pagi dan sampai lebih kurang 8.30. memang ngam2 saja masanya, sampai2 pi mai2 kejap then terus masuk dewan, majlis baru saja hendak mula, alhamdulillah tidak ketinggalan.

InsyaAllah ana akan kongsikan sedikit maklumat, sedikit yang sempat dingati dan dicatat, kebanyakannya akan ana sampaikan mengikut apa yang ana dengar dari panelis, mungkin ada yang kurang ana setuju, tapi itu hak panelis dengan ilmunya dan pegangannya, ana sampaikan disini sebagai info serta perkongsian. Mungkin juga ada sedikit ulasan ana.

Sesi Pembentangan pertama telah disempurnakan oleh Dr Roslan, pensyarah UM yang telah mendapat ijazah kedoktoran dari Scotland, punya kelulusan dalam bidang Kajian Jurusalem - Islam. Banyak info2 yang telah dibentangkan Dr Roslan, terutamanya tentang cara perluasan kuasa oleh zionis. Juga dibentangkan perihal pemula idea penubuhan negara yahudi oleh Theodore Hertzl yang terkenal itu. Asalnya idea penubuhan negara yahudi ini bukanlah di Palestine, si Theodore Hertzl itu bukanlah religous sangat, baginya asal ada tempat saja untuk negara Yahudi.

Dr Roslan juga menerangkan tentang kekejaman bangsa kolonial eropah yang telah menindas teruk golongan yahudi, sehinggalah munculnya idea penubuhan negara Yahudi oleh kerana ketidakpuasan hati bangsa yahudi. Sebenarnya inilah juga yg disebut dalam persidangan oleh presiden Iran tempoh hari, Ahmadinejad, beliau telah utarakan soal inilah sehingga delegasi2 dari negara eropah memboikot persidangan, tak mahu terima kenyataan, bodoh sombong!. Mengikut Dr Roslan jika dilihat kembali, apa yang berlaku sekarang di Palestine, puncanya adalah dari tindakan bangsa kolonial eropah dulu yg telah menindas teruk yahudi, dan sekarang mereka bermati matian menyokong agenda yahudi zionis demi menutup kesilapan mereka yang lalu.

Kemudian ana lanjutkan ke pembentangan kedua oleh panelis yang tidak asing lagi, Dr Azzam Tamimi, beliau adalah pengarah jabatan pemikiran Islam di London, beliau adalah ahli politik dan aktivis palestine, sekarang warganegara British. Dr Azzam ini memang sedikit lain dari yang lain, Ideanya sarat dengan benda2 baru dan kadangkala amat contra serta bertentangan dengan apa yang selalu kita dengar, menarik!. Satu kenyataan menarik dari Dr Azzam, zionis bukan saja Yahudi, bahkan sesiapa yang menyokongnya dan beraliran sama seperti mereka, adalah zionis. Jadi Kristian ke, Islam ke, Buddha ke berpontensi menjadi Zionis. Ana tersenyum sendiri ketika itu, Islam Zionis?...ah...siapa ya...senyum lagi!.

Dr Azzam juga menekankan kita tidak bermusuhan dengan yahudi, bahkan mampu berbaik2 dgn mereka tanpa masalah, asalkan tiada konspirasi. Idea ini ditentang oleh salah seorang Dato' semasa sesi soal jawab, panjang lebar beliau menerangkan dan menyerang idea Dr Azzam, katanya agenda yahudi zionis telah bermula pada 70 masihi lagi semasa Rom menghalau "yahudi" dan beliau mengaitkan dengan ayat Quran yg menyatakan tidak akan redha yahudi dan nasrani kepada Islam sehingga kita mengikuti mereka. Dr Azzam membalas kembali, mengatakan ayat2 Quran perlu ditafsir bukan saja dengan tahu balaghah, nahu dll, tetapi perlu mengetahu asbabun nuzul, ketika ayat itu diturunkan keadaan bagaimana, dimana, dan apa sebabnya nuzul ayat itu.

Menurut Dr Azzam, musuh kita adalah zionis dan agendanya, bukan yahudi. Kerana konspirasi zionis inilah telah memporak perandakan Islam dan Palestine kini. Jadi apapun, bahkan jika Ikhwanul Muslimin, HAMAS, atau apapun jemaah Islam telah beralih arah mengkuti agenda zionis, maka kita wajib memusuhinya! Pokoknya adalah memusuhi agenda zionis itu. Sebenarnya kata Dr Azzam lagi, idea yang dibawa oleh Theodore Herztl yang mahu menubuhkan negara yahudi telah dianggap sesat oleh org yahudi sendiri bahkan telah mengatakan si Theodore itu telah pun murtad.

Akan tetapi lama kelamaan idea Theodore Herztl semakin diterima akibat penindasan teruk oleh bangsa kolonial eropah terhadap yahudi, salah satu peristiwa utamanya ialah Holocoust itu sendiri, yang mana bangsa yahudi di bunuh beramai2. Kata Dr Azzam, Hitler sendiri sebenarnya telah digunakan oleh pihak2 tertentu untuk meyakinkan bangsa yahudi mereka tidak lagi selamat untuk berada di negara eropah dan perlu berpindah ke Palestine. Dan itu antara sbb Holocoust berlaku.

Dr Azzam juga mengingatkan agar setiap maklumat yg kita dapat perlu ditapis dan dikaji secara mendalam bagi mengelakkan penipuan, Ascertain the truth! katanya. Ini kerana byk maklumat yang salah, beliau menyatakan antara contohnya adalah Protokol Zionis atau hukama sohyuni itu yang kita ketahui datangnya dari hasil seludupan oleh seorang wanita Perancis selepas satu persidangan rahsia Freemason kalau tak salah ana. Mengikut Dr Azzam itu adalah dokumen palsu, sebabnya tak mungkin zionis membenarkan agenda rahsia meraka secara besar besaran disebarkan bahkan membiar saja. Satu lagi adalah mengikut Dr Azzam tidak tahu mana asal usul datangnya dokumen itu secara pasti. Idea ini juga telah ditentang oleh perserta konvensyen, ada yang menyoal balas bertanya kalau begitu, apa buktinya atau apa faktanya yang mampu membenarkan kenyataan Dr Azzam bahawa dokumen itu palsu. Ana berfikir!

Satu lagi kenyataan Dari Dr Azzam yang membuat ana berfikir, katanya jangan kaitkan dengan Dajal, semua cara dan kebijakan konspirasi zionis adalah kerana mereka terdidik dari kecil untuk bijak berkonspirasi, bukan kerana bantuan dajal atau apa pun, dajal itu akan datang pada masa depan dan jangan kaitkan dengan masa ini katanya. Ana fikir lagi! dan kali ini kami wakil2 MMU ketika itu berbincang kalau dapat ketemukan Dr Azzam dengan Sir Halim (pensyarah economic MMU) pasti seronok melihat debat ilmiah mereka. Mungkin!...:)

Dan ini lagi satu aura panas telah dibawa oleh Dr Azzam, beliau dengan semangat berkata if you want to wait for Mahdi or Messiah, just wait for it! but i don't want to! because there is no such thing! everybody is mahdi! we have to do it now!, not just wait!. Ini benar2 mencabar fikrah ana, dan sebilangan peserta konvensyen juga hangat dengat kenyataan ini. Ia bukan sekali bahkan diulang2 Dr Azzam. Ana dengan tegas disini mengatakan bahawa jika maksud Dr Azzam ialah dia dengan benar dan besungguh2 menolak kehadiran Imam Mahdi, kerana alasan itu hadith dho'if, maka ana menolak keras kenyataan ini dengan akidah yang ana yakini. Mungkin hadith itu dho'if tetapi jalan periwatannya banyak dan saling boleh menguatkan antara yg lain, juga ia tetap hadith, mgkin lemah disebabkan ada sedikit syarat yg x dipenuhi, tetapi tetap bukan maudu'!

Akan tetapi Dr Azzam menyambung dengan memberitahu kepada hadirin bahawa kita perlu bangkit berusaha sendiri bukan hanya menunggu!...kalau Dr Azzam bermaksud mahu mengubah persepsi Umat Islam bahawa sekarang kita perlu bangkit dan tidak lagi malas2, perlu berjihad!...maka ana setuju matlamat itu, tetapi caranya itu rasanya kurang tepat, bukan semua org boleh memahami, org awam dengan fikrah meraka, org berilmu dengan fikrah mereka, jadi sebaiknya elakkan kenyataan yang boleh timbul salah faham. Bahkan dalam perbincangan kami selepas program, Ustaz luthfi dari HEP pun mengatakan masa itu Dr Azzam agak emosi, memang pun, merah mukanya dengan nada tinggi pula, kami juga bersependapat bahawa jika Dr Azzam benar2 menolak kedatangan Imam Mahdi, kami berlepas diri dari kenyataan itu. Dia dengan kenyataannya, kami dgn pegangan kami, wallahu'alam.

Itu adalah sedikit perkongsian dan ulasan kenyataan yang disampaikan Dr Azzam Tamimi, sebenarnya banyak lagi, namun disebabkan oleh masalah2 teknikal, sesi kedua pembentangan Dr Azzam, selepas rehat dan makan, telah menyebabkan ana gagal menyerap dengan baik maklumat pada waktu itu, sebagai penegasan dan bagi mengelak berlakunya salah faham, ana ingin nyatakan disini bahawa ana tak tidur pada waktu itu, tak caye takpelah, tak nak kawan....hehehe. Betul, tanye sape2 yang nampak ana, ada nampak ana tidur???...kalau nampak ana pejam mata tu, tengah berzikir tu...ibadah sirr!...

Ok Kita lanjutkan, sekarang ana kongsikan pula apa yang ana dapati dari panelis ketiga, Dr Mohsen Salleh. Beliau merupakan pengarah al Zytouna Center of Studies and Consultations, Beirut. Beliau adalah seorang yang aktif dalam isu palestine, menerbitkan buku, berceramah keseluruh dunia and etc. Dr Mohsen telah menyatakan bahawa Palestine sememang istimewa, ada tiga tempat yang penuh keberkatan iaitu Madinah, Makkah, Dan Palestine sendiri, tetapi jika dilihat Madinah dan Makkah telah dijanjikan Allah sebagai tempat yang aman. akan tetapi palestine pula telah dijanjikan sebagai bumi perjuangan.

Dr Mohsen juga menegaskan bahawa yahudi zionis bukanlah lawan umat Islam jika jika bersatu, masalahnya ialah umat islam tidak bersatu, tiada perpaduan, dan kelemahan inilah yang telah menjadikan yahudi zionis ini kuat. Israel juga mengharapkan barat, mereka menjadikan barat sebagai proksi2 mereka, dan kebijakan mereka telah mampu membodohkan barat. Jika umat Islam bersatu sebenarnya semua ini mampu diatasi. Ana berfikir, benar sungguhlah, sekarang kita dapat lihat sesama jamaah Islam pun boleh saling memburukkan antara satu sama lain, yang itu kata aku lebih 'ikhwan', yang sini kata aku lebih tarbiyah. Lepas tu saling jatuh menjatuhkan antara satu sama lain, kelemahan jamaah disisi didedahkan kepada org yang baru mula mahu berjinak dengan arena dakwah, bukan mahu membantu dgn cara yg berhikmah...elok benarlah tu, kita saling jatuh menjatuh, musuh sebenar zionis sana sedap2 saja menyembelih umat Islam. Teruskan begitu, dan tunggu masanya kita sendiri disembelih ketika sedang mengumpat jamaah lain. Sarcastic?...ini kenyataan!

Ok2, kita teruskan dengan Dr Mohsen. Beliau menyatakan yahudi zionis tetap gagal dalam usaha menghapuskan umat Islam di Palestine, pembunuhan besar besaran, serangan bermacam jenis bom, jet2 canggih, senjata kimia and so on, tetapi gagal, bahkan bilangan kelahiran di Palestine meningkat, rakyatnya sentiasa bertambah. Inilah bantuan Allah, teruskan berjihad, itu urusan kita sekarang, yg lain2, serahkan pada Allah, jangan ragu dengan bantuanNya!

Seterusnya Dr Mohsen menyatakan bahawa tentera Israel mmg cukup kuat, dan ia dicipta untuk memenangi sebarang perang antara negara Arab. Dengan kelengkapan serba moden dan sebagainya, namun tetap tidak dapat mengalahkan pejuang2 Palestine, tidak berjaya dalam usaha menakluk Ghazzah, cuba bayangkan kalau seluruh umat Islam diseluruh dunia bersatu, mahunya negara haram Israel itu hancur lebur,bahkan dunia pun akan mampu diterangi dengan kalimah LAILAHAILLALLAH!!!.

Kata Dr Mohsen, walaupun kelengkapan tentera Israel hebat, tetapi askar2nya penakut dan tidak punya semangat juang. Dan satu yang agak lawak, Dr Mohsen kata, tentera Israel ni disebabkan oleh pemalas dan penakutnya mereka, ketika berada didalam kereta kebal, tak mahu keluar, walaupun nak buar air, buang dalam tu ja, penakut!. Jadi kita sudah nampak perbezaan ketara antara tentera israel dan mujahideen palestine, sekarang kita juga perlu bezakan diri kita dengan soldadu Israel bangsat itu, kalau kalian pilih untuk terus malas2 dan saling bergaduh sama sendiri...ya, jadilah macam si bangsat itu, afwan jika terkasar.

Rasanya setakat itu dulu ana kongsikan untuk kali ini, penat menaip. Bersyukur sangat berpeluang ke konvensyen kali ini, begitu berinfomasi, juga dapat melihat betapa ramai lagi manusia2 yang begitu perihatin dengan nasib umat Islam sekarang, juga ana bangga melihat hadirin yang hadir adalah muda mudi majoritinya!...masa depan umat Islam ditangan pemuda dan pemudi, ingat tu!...Dalam pada itu syukur juga, dalam celah2 orang ramai dapat juga ketemu sahabat2, bahkan sahabat lama dari sekolah, yang sudah 4 tahun tak jumpa pun dapat ana ketemu...:). Lupa ana ingin nyatakan, juadah tengah hari tu agak sedap la, dan rasanya sbb ramai yang makan banyak, jadinya sesi petang itu ramai yang "syahid"...ana tak, ana "ibadah sirr"...

Konvenysen tamat awal dari jangkaan, belum pun pukul 4 sudah tamat, jadi berlegar2 lah kejap, ke The Mall, merayau kejap, mula merayau dengan Hisyam, pastu secara individu pula, banyak masa, tapi pulus tak ada, so merayau jela, belinya tak dapat lah. Disebabkan sedikit bosan, petang tu lepas p meronggeng minum petang dengan Hanif anak muda kat PWTC, ana turun kejap, last2 penin lalat taktau duk kat mana, hehe, cari yang lain2 tak jumpa, kredit plak takde time tu, tengah penin2 tu jumpe cik co - pilot yg berkaliber dan cemerlang dengan 2 junior, buat2 rilek jela, hehe...depa kata nak p The Mall, ana pun dapat idea, haa...p The Mall la beli Topup...lepas depa p tu ana p kejap...hehe....adehai zul...kamu mmg pening!

Alhamdulillah setel semua, dalam pukul 6 petang kami mula naik bas untuk pulang, awalnya ana nak join Hisyam naik bas sekali, tapi last minit dengan ilmu kasyaf ana yg terer ni, tukar pilihan...naik bas satu lagi. Last2 dapat tau bas yg ana tak jadi naik tu rosak, lambat la depa sampai sikit, kesian...tapi alhamdulillah selamat semuanya...:)...mungkin co pilotnya tak cemerlang kut...hahaha...nampaknya ana membebel lagi..jangan pening2 ya. Apapun semuanya lancar dan alhamdulillah semuanya selamat...semoga apa yang kita dapat ini boleh dimanfaatkan untuk ummah!...sekian ana undur dulu...wallahu'alam

p/s : Apakah itu Islam zionis?...ada atau tidak?...ini kerja rumah untuk semua, semoga bermanfaat...:)

p/s : Perkataan yang paling ana ingat sampai skrg adalah perkataan Dr Azzam Tamimi - Bloody arab! - Bastard Jews!....adei2...satu dewan hingaq...ganas betul encik Azzam ni.

* Ana Sertakan sedikit gambar, sedikit ja kali ni dari phone ana, sebab malas nak ambik, tp nanti pasti ramai yang update gambar...nnti boleh la nak cilok...:D

( Ramaikan manusia... )

( Barisan VVIP - Perasmian )

( Muka tak tidur satu hari sebelum konvensyen, sibuk fikir masalah umat...:p )

( Pembentangan Dr Azzam Tamimi )

( Ucapan dari SS Dr Juanda, Mufti Perlis )

* InsyaAllah ada kesempatan lain2 photo akan di upload kemudian...

Mawar Siapa?

Bismillah...

Rahmat Allah terus saja dilimpahkan buatku, nikmatNya percuma saja diberikan padaku, namun apa payah benar aku mahu mengucap syukur, hanya mahu menangisi musibah, sedangkan sukar sekali mengucap syukur pabila diberi kenikmatan, itulah aku yang sering alpa sering lupa. Rasulullah SAW, insan mulia, junjungan umat, kata dimulut cinta dan sayang, tapi hakikatnya mahu berselewat cukup liat, ingat2 lupa saja dihati, benarlah manusia mudah lupa!

Izinkan ana mencoret satu kisah, ianya fiksyen semata, satu kisah yang mungkin dalam sekali bahasa dan banyak maksud tersiratnya, mungkin dapat difahami, mungkin juga tidak, sedikit sebanyak ia soal kehidupan, semoga manfaat dariNya sama2 kita perolehi...ameen ya Allah...

TAMAN ITU...

Termenung aku dinihari itu, kala subuh telah ku selesaikan, al Furqan itu pula telah ku jamah2 sedikit buat hidangan pagi sambil2 mencari beza yang mana benar yang mana salah. Aku lihat mentari mula bersinar, cantik dan menawan...rasa hati mahu saja aku berlari mengejarnya, mahu kugapai!. Aku dengar alunan merdu unggas2 kecil ciptaan Yang Maha Kuasa, alunan alam ini buat aku terbuai di kala mentari mula meninggi. Sejuk dan nyaman waktu itu, menyedarkanku akan nikmatNya tidak mengenal siapa, hamba berdosa atau 'abid yg soleh, sungguh DIA Maha Penyayang!

Puas sudah melayan rasa, membangkitkan kehambaan diri, aku mula mengorak langkah, menuju ke taman sekitar laman. Laman yang kubina, kubina ia jadinya taman yang indah, mekar bunganya, lebat buahnya. Aku terpegun lagi, ya, memang aku yang membina lanskap indah ini, tetapi kudratku saja bukan boleh menjadikan ia terbentuk indah sebegini rupa, ini tidak lain, kalimah KUN FAYAKUN dariNya juga yg membenarkan.

Aku bersiar di taman duniawi, kulihat kiri dan kanan, semua indah belaka, aku tersenyum sendiri, apakah syurga begini? lantas aku rasionalkan akal, mana mungkin indah syurga dengan indah dunia suatu yang hampir? apa aku sudah hilang waras berfikir? Ku ambil ibrah dari fikiranku sendiri, beginilah manusia ketika mana berhadapan dengan kenikmatan duniawi, senang saja hilang pedoman dan lupa diri. Akulah termasuk dikalangan itu, pelupa!

Saat aku bersendiri melangkah, deru air mengubat hati, anak sungai kecil dan jernih buat aku terpana, aku berhenti dan bertapak sejenak, ku celupkan tanganku mencecah air suci itu, sejuk...aku senyum lagi, aku terpaku, tak mahu lagi menapak ke langkah berikutnya, sudah, inilah jalanku...akan ku berhenti disini dengan nikmat yang diberi. Seketika saja sempat aku begitu, satu bisikan melintasi, " Wahai diri yang hina, kamu ingat langkahmu sudah selesai? adakah kesejukan air itu sudah pun mampu mematikan langkah dakwahmu?" Mataku terbuka luas, butir2 peluh membasahi dahiku, ya Allah, aku leka lagi!...begitu mudah sejuknya semangatku?...dimana tahap sebenar imanku ya Allah! Aku bangun berlari!

SAAT ITU!...

Penat!...larianku mula membuatku tercungap, aku singgah sebentar di pondok binaanku, lengkap sekali taman ini. Inilah saatnya! saat yang benar2 aku mahu kongsikan. Sedap aku merebahkan diri, menikmati nikmat rehat dari ilahi. Aku tidur seketika mencari tenaga. Sungguh! aku nyenyak tanpa sedar. Seketika saja aku sudah di awan, aku terbang?...ya aku kini terbang di langit biru, angin menderu bersilang tingkah melintasiku, aku terus saja ikut rentak badanku yang melayang entah mahu kemana. Aku suka dan gembira bebas begini.

Suatu saat, aku sampai di suatu persinggahan, hatiku berkata, boleh aku berhenti seketika menikmati permandangan. Aku jejakkan kaki di awan putih, serentak dengan itu juga nafasku bagai terhenti, satu taman indah dihadapanku, mahu aku katakan, taman ini seribu kali indah dari tamanku...aku terus saja berkata, ini syurga!...saat itu juga suara bisikan tadi menerpa " Jangan mudah menyangka! fikir dahulu sebelum berkata! adakah kamu lupa Dia amatlah Berkuasa! " Aku pucat lesi, gentar dan luluh hatiku mendengar, jadi apa pula yg indah begini!?

Ku telusuri lembah indah kayangan itu, sampai satu ketika kulihat suatu kawasan yg dipagari, gelodak ingin tahuku bukan senang dibuang saja, aku melangkah laju, apa yang dipagari, pasti suatu yang mulia! ku cuba mendekati, ku cuba memasuki, payah! mana pintunya!? Aku berseru, " wahai pemilik taman terlarang! sudikah kirannya kau benarkan aku memasuki? "...ku dengar sahutan " kuncinya sudah ada padamu wahai pemuda! "...aku pelik, kunci apa pula sedangkan taman itu bukan milikku.

Aku sujud, memohon dariNya petunjuk, seikhlas mungkin ku hambakan diri, sepenuh pengertian ku titip di hati, tanganku dengan bukan kawalanku bertindak menghulur ke arah taman larangan itu, dan di situ muncul pintunya, aku terpaku, suara dari dalam menerjah " Hatimu kuncinya! " Aku tunduk malu, ku sedar segala jawapan pastinya ada, cuma perlukan satu hati yang IKHLAS!. Masa tidak aku buang, aku meluru masuk, apa didalamnya??

Sungguh! ini lebih indah dari sebelumnya, aku mahu berkata ini syurga, tapi ku ingat kembali pesan suara tadi, JANGAN MUDAH MENYANGKA!. Aku perlahan lahan melangkah, tempat apa sebenarnya ini, dikayangan, indah sekali, tidak terperi! Kulihat ditengahnya suatu pohon emas, berkilau dedaunnya, mataku silau, namun aku melangkah jua ingin tahu. Semakin hampir semakin berdebar...hatiku sungguh berbolak balik, apakah mahu dan perlu aku teruskan. Ku sujud lagi pada ilahi, sebenar benar petunjuk ku mohon, semampu mungkin IKHLAS aku terapkan. Hatiku mantap! akan kuteruskan langkahan ini!

MAWAR SIAPA!?

Dekat benar aku dengan pohon emas itu sekarang, tadinya silau, kini tenang kembali, tapi degup hatiku tak pernah reda, mantap tetapi masih kencang berdegup, tanda apakah ini? Kini aku benar2 disisi pohon emas, aku terkejut bukan kepalang, rupanya itu bukan pohon emas sekadar emas saja, terselit disitu mekar merah sekuntum mawar. Mawar itu membuat hatiku gundah, mawar apa ini! Aku tak bisa menahan rasa lagi, aku takut juga risau, tapi hatiku berkata, sebenarnya aku gembira! Apa gembira begini rasanya? inikah gembira? atau duka?

Aku ingat kembali, hatiku telah mantap dgn petunjuk ilahi, kenapa mahu ragu lagi, apa pun natijahnya aku redha, langkahku tak kan mati disini! Aku mula menyoal, " wahai pemilik taman larangan, mawar ini mahu kupetik, izinkan aku "...ku dapati sahutan " Mawar itu bukan milikku ". Aku sedikit terkesima, apa benar ia bukan milik tuan punya taman, kenapa adanya ia di taman ini?...aku tanya! MAWAR SIAPA???

Kurenung dalam pengertian diri, mengapa aku disini, apakah tempat ini, dan yg utama mawar siapa ini!? Ah, manusia sering lupa mencari petunjuk, aku menangis mengenang diri yg alpa, aku sujud lagi! Ku pohon sungguh2 mencari jawapan, ku alirkan mutiara2 berbisa dari diri seorang lelaki, Oh pencipta! aku dambakan pengertian!. Sejenak aku berteleku, suara halus menerpa, ini suara baru, aku belum pernah dengar saat pengembaraan ini, " siapa kamu? "...soalku. ia menyahut " Akulah mawar itu ". hatiku mula laju berdegup dengan kencang sungguh.

Bekal keyakinan dari Ilahi, aku tekadkan hati, " Wahai mawar indah, milik siapa kamu? "...seraya itu ia membalas, " Kenapa wahai pemuda? apa maksudmu bertanya soal ini? "...aku teruskan walaupun hati bergetar, akan kusudahi kali ini, bukan masanya lagi aku mahu bermain kata, demi Allah akan kusudahi demi jalanMu ya Rabbi! natijahnya aku tidak ketahui, tp yang pasti aku yakin denganMu, jalanMu dan petunjukMu!...kataku kepada mawar indah, " Wahai mawar indah, ku soal itu hanya satu tujuan, ingin ku petik buat menemani perjalanan pulangku kesisi Ilahi, moga perjalananku nanti dihiasi serimu "

KEMBALI...

Allah!...tidurku panjang!...aku terjaga dari lena, apakah ia mimpi semata? Aku mula mencari, mencari mawar indah itu, ku lihat disisi pondokku, entah dari mana jelmanya, sepohon mawar merah mekar mewangi. Aku senyum lagi, mawar ini akan ku sudahi, akan ku santuni, akan ku mekarkan lagi. Langkahku tegas kini, aku menuju laju, menuju padanya, tiada lagi keliru dihati, sungguh natijahnya tidak aku ketahui, ku tahu ia milikNya, cuma yakinku bukan palsu...ku hulur tangan...aku senyum sendiri...REDHA!

Nyamuk Atau Kelambu?

Bismillah...

Alhamdulillah, sekali lagi kurnia dari Allah mengizinkin ana melakar kata di laman serba dhoif ini, puji dan syukur sama2 kita kembalikan pada Tuan Punya. Selawat dan salam buat baginda junjungan, mulianya sepanjang zaman, darinya semua jadi qudwah, dia sosok mulia, Muhammad Rasulullah.

Maksud sabda Rasulullah SAW :
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki telah berkata kepada Rasulullah SAW.: "Berikanlah wasiat kepada aku, " Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah engkau marah." Kemudian dia mengulangi (bertanya lagi) beberapa kali. Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah engkau marah"
HR : Bukhari

LA TAGHDOB!!!

Sebelum lanjutkan pembacaan mari sama2 kita senyum dengan ikhlas, maksud ana seikhlas mungkin, lihat cermin, kalau sudah nampak akan bibit ikhlas itu timbul maka jom teruskan membaca. Macam mana mahu tahu senyuman sudah cukup ikhlas?...senang saja, kalau sudah nampak agak comel tu, ikhlas la tu...itu tips hancur dari wadi qurra', jangan jadikan panduan...tolong!

Sebenarnya dua tiga menjak ini, banyak permintaan artikel, jadinya malas pun menjengah, lain kali jgn mintak2, nanti ana malas, satu lagi kelakuan yang jangan sesekali dijadikan ikutan, tolonglah sahabat! Santai saja kali ini, tulisan ini bukan isu berat2 yang boleh membebankan kepala masing2, kita nak final exam sekarang (MMU).

Nyamuk, kelambu dan marah, apa relevennya ana letakkan semua itu dalam satu ikatan? pasti pernah dengar pepatah marahkan nyamuk kelambu yang dibakar. Jika anda bangsanya melayu, ataupun sinonim dengan masyarakat melayu pasti pepatah ini amat biasa didengari. Jadi ana mahu bicara soal ini lah, kalau marahkan nyamuk bakarlah nyamuk jangan bakar kelambu, nanti lebih ramai nyamuk2 lain menyerang...kalian faham?...:)

Tidak ada rasionalnya jika marahkan satu pihak, tapi habis dipandang negatif, membuat dan membina satu persepsi negatif pada keseluruhannya sedangkan ia bukan yang utama, ingat individu tidak semestinya mewakili keseluruhan organisasi, walaupun mungkin boleh nampak begitu, tapi hakikatnya bukan, bahkan jauh sekali. Benar organisasi membentuk individu tapi ada sesetengahnya yang lahir dari individu tersebut bukanlah dari acuan organisasi bahkan nafsu semata.

Penulisan ana ini bukan membela organisasi tertentu, bahkan ana sendiri punya prinsip tiada organisasi sempurna, dan seperti ana katakan mulanya tadi, tulisan ini adalah santai saja bukan tulisan berat, cuba kembali fikirkan nyamuk, kelambu dan marah tadi...:) Mohon kembali kepada matlamat asal penulisan ini, ana cuma mahu bina persepsi jangan bakar kelambu! tapi bakar nyamuk!

Mahu bakar?...membakar pun perlu ada caranya, jangan mahu bakar nyamuk tapi gunakan C4, ataupun tuang minyak tanah sampai 10 tong. Perlu tertib dan berhikmah, jangan terus saja serang2 tapi tiada langkah2 yang perlu, tadarruj itu perlu. Apa mahu ketingkat 5 tidak perlu melalui tingkat 1,2,3,4? Bila marah betul, kadang2 kita nampak ia biasa saja, tp sebenarnya ia mengundang lebih banyak masalah, kenapa? jangan buat2 lupa marah itu datang dari siapa...:)

Maksud sabda Rasulullah SAW :
“Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk”
HR : Abi Daud

Jom ambil wuduk!...yang marah sila ambil wuduk, yang kena marah pun sila ambil wuduk, kerana pastinya anda juga akan marah, marah campur marah hasilnya boleh jadi api, ah...panas!...jangan tambah lagi dengan haba2 lain tapi sejukkan dengan air penuh hikmah. Bila dimarahi atau ditegur, tolong dengar ini! kalau kalian da'ie yang berjiwa besar jangan pandang dengan amarah saja, jangan di puja2 ego! tapi cuba berbalik kepada diri sendiri...tanya! kenapa aku dimarahi, pastinya ada yang tak kena, ikut lubang mana pun pastinya walau 1%, sedikit sebanyak datang dari diri sendiri juga, ah...manakan tidak, orang takkan marah suka2 saja...:)

Maksud sabda Rasulullah SAW :
“Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring”
HR : Muslim

Sekarang ubah posisi!...kedua2 pihak ubah sekarang, ikut petua Rasullullah, jangan pandang enteng, wuduk sudah ambil kan?. Ada masalah jangan terus serang sebelum menerang, pegang itu jika jiwa kalian besar, bahkan itulah yang sememangnya dituntut, bukan tidak boleh serang tapi perlu berperingkat dan berhikmah, dan paling utama keadaan itu perlu diteliti terlebih dahulu. Ana tahu semua punya ego, bahkan ego ana sendiri amat payah untuk dikawal, tapi sekurang kurang perlu ada usaha mengekangnya.

Ada dengar cerita Ustaz Nik Abduh anakanda Tuan Guru Nik Abdul Aziz? beliau marah dengan pembantu2 ayahandanya dan telah keluarkan tulisan menegur pihak2 yang bermasalah tersebut, natijahnya sekarang satu Malaysia sudah bising dengan hal ini, pihak2 yang ditegur pasti melenting, tapi ana rasa pasti kecut perut juga, ana sokong tindakan ini dan dalam masa yang sama ana juga tidak sokong, kenapa?...kalau ulas isu ini akan masuk bab2 jamaah dan sebagainya, jadi artikel ini akan jadi berat, tangguh dulu. Apa pun ana percaya kebijakan berjamaah akan membantu isu ini reda.

Yang ana mahu tekankan, dan apa yg boleh diambil pengajaran dari peristiwa ustaz Nik Abduh ini adalah, marah boleh, tapi perlu ada caranya juga perlu ikut tertib dan landasan yang betul, matlamat kita mungkin benar, tapi caranya dan natijah dari tindakan yang bakal diambil perlu diteliti dengan sebenar2 ketelitian. Tidak kiralah kita dipihak mana, semua ini perlu diambil kira, jangan sentiasa mencari keburukan kerana keburukanlah yang kita akan temui, itu hakikatnya. Muhasabah kembali diri masing2, jangan lihat orang saja, tapi diri sendiri hanyut, ana undur dulu, wallahu'alam


DARI LEDANG KE PEKAN KUAH,


SEMANGAT KENTAL TIDAK GOYAH,

KALAU TUAN KUAT DAN GAGAH,

JAGA THIQAH HINDARI MARAH.


SENYUMLAH!!!

* Tulisan ini dibuat secara laju2, gear 5,nak cepat abes... maka harap maaf kalau kurang isi, la taghdob...:D