.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

KAD '09 ~ Muslim And Non Muslim Relationship In Malaysia Seminar @ Cyberjaya

Bismillah...

Alhamdulillah wa syukurlillah, kurnia nikmat dan rahmatNya tidak kunjung putus, masih berlarut larutan hingga kini, dan seterusnya pasti. Insan mulia, sosok agung, Muhammad Rasulullah, menyinari alam dengan nurnya, menyintai umat dengan kasihnya, hargai ia dengan selawat berpanjangan, insyaAllah.

Update ini sekadar penceritaan biasa diari dan aktiviti, mari kita telusuri dahulu mengenai satu perjalanan dari Melaka ke Shah Alam. Sabtu lepas, 1 Ogos, ketika mana para demonstran bersiap siaga mahu melangkah ke medan, ana bersiap siaga juga ke program yang telah mengacau sedikit planning awal, maaf para demonstran sekalian, Allah tidak membenar ana melangkah kesana pagi itu.

Tidak perlu ana panjang2kan lagi soal demonstrasi, tidak perlu ana ulas panjang soalnya, masing2 sudah bijak pandai menilai halal haram, maslahah mafsadahnya, jadi ambil yang terbaik pada kalian, bukan sekadar syok nafsi2 membenar dan mengia pendapat sendiri, wallahu'alam. Ana sebutkan tadi, perjalanan dari Melaka ke Shah Alam akan diriwayatkan. Begini, setelah habis program pagi sabtu itu, kami, iaitu berlima, 4 dari MMU dan satu dari KYM, telah melangkah gagah dengan satu tujuan, Ke Konsert Antara Dunia anjuran Gamis.

Banyak juga kong kali kong, yang telah menyebabkan perjalanan itu sedikit terganggu pada awalnya, tapi alhamdulillah ia berlaku juga biiznillah. Dengan Menaiki kereta kebal JDM 6145 ( Hanya yg berkenaan sahaja akan mengetahui ), kami melaju ( laju ke? ) di highway. Secara jujurnya jalan ke Shah Alam ana tidak mahir sangat, begitu juga jalan di Shah Alam, bukan tak biasa pergi, tapi oleh kerana terlalu byk makan asam, maka ingatan sedikit menghilang.

Oleh kerana tidak mahir sangat dengan liku2 untuk menyampaikan kami ke destinasi, maka, khidmat Co-pilot yang cemerlang dan berkaliber @ Kak Ros Upin Ipin amat ana dambakan, dan seperti yang telah dijangka, khidmat dari Co-pilot tetap itu amat membanggakan ana...haha. Alhamdulillah, walaupun berbekalkan buah langsat semasa dalam perjalanan, kami tidak sesat, itulah pabila mendapat khidmat cemerlang Co-pilot kita, di tambah pula dengan ijtihad Pilotnya ( yg diakui seantero dunia ), kami berjaya menelusuri sirotul mustaqim...ana serta merta teringat wonderpets...apa yang penting?...kerjasamaa...:D

Konsert Antara Dunia ( Raihan, Rabbani, Hijjaz, Shoutul Harakah, Nibraz ), iaitu konsert pertama anjuran Gamis, komen ana, tidak mahu ana besar besarkan soal picisan, namun soal yang ana mahu kehadapankan adalah nilai2 yang berjaya diterapkan. Alhamdulillah, ana dapati respon yang positif dari pelbagai pihak mengenai penerapan nilai2 itu, bahkan ana sendiri mahu mengungkap syabas buat Gamis dan setiap pihak yang terlibat, nilai2 murni, pengajaran, semangat perjuangan, dan lain2nya dapat dirasai dengan jelas melalui lagu2, pentomen, juga puisi2 yang disampaikan, jadi, thumbs up untuk hal yang demikian, dan perbaiki dan tambah baik lagi untuk yang akan datang.

( Sebahagian hadirin )

( Ucapan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ayoh Zik kitO...takbir!!! )

( Majlis perasmian oleh Ayoh Zik )

( Persembahan Shoutul Harakah, memang mantap...bersemangat!! )

Tamatnya konsert, kami ke cyber pula dengan diiringi khas oleh taiko2 MMU cyber. Kami ke cyber dengan 2 tujuan, pertamanya adalah tidur...:p...terima kasih buat Zack meoww yang hensem kerana sudi menumpangkan kami di biliknya, bagi muslimin, untuk muslimat, biarlah muslimat sendiri yg mengucapkan terima kasihnya kepada pihak2 yg berkenaan...hehe. Tujuan Keduanya adalah menghadiri Seminar, Muslim And Non Muslim Relationship in Malaysia. Alhamdulillah, menarik...tambahan pula Bro Shah Kirit turut menjadi speaker, seperti kebiasaan lah, dengan hujah2 dan analogi beliau, berjaya menambat hati Muslim dan Non Muslim juga.

Petang Ahad, setelah selesai semuanya, kami beransur pulang ke pangkal jalan. Alhamdulillah, semuanya lancar2 saja, kecuali satu hal yang tak nak ana ceritakan kat sini, ana harap lain kali jangan buat lagi ya Hazwan...OppSs...haha. Kami sampai Melaka lewat malam jugalah, tapi takpa, semuanya selamat sampai ke tempat beradu masing2. Rasanya tak mahu ana celoteh lagi, mengantuk sudah. Akhirnya, terima kasih pada semua ya...=)

( Sahabat2 MMU Cyber, kecuali yang paling kiri tu...:p )

( Kami khusyuk mendengar pembentangan para speaker, tiada masa untuk pOsing...:D )

( Bro Shah Kirit yang best )

( Forum ~ Acara last seminar )


p/s : Terima kasih tak terhingga buat ajk teknikal dan transport (tidak rasmi) KAD '09 atas segala jasa n usaha kalian...:D

Lagi Update Ringkas ~ Aktiviti

Bismillah...

Maha Suci Allah yang telah mengurniakan sebesar2 rahmatNya buat sekalian daripada kita, ucap syukur sembahkan ketaatan. Jangan pula leka ingatan kepada junjungan besar Muhammad Rasulullah, ungkaplah selawat serta salam buat baginda.

Kali ini, oleh kerana sawang2 sudah mula kelihatan, makanya ana tidak mahu digelar sebagai penternak sesawang, jadi dengan sukacitanya Wadi al Qurra' akan di update, walaupun sekadar update sedikit aktiviti yang entah apa2, namun tetap namanya update :D. Tapi perlu ana tegaskan disini, ana baru je dapat laptop, adik pinjam sebelum ni, so, itu alasan kukuh kenapa Wadi al Qurra' tak di update.

Ana tak mahu cakap banyak kali ni, asalnya nak tulis panjang2 sikit, tapi tiba2 datang satu peringatan yang mana ana masih ada homework untuk disiapkan, apakah homework itu, hanya kami dan Allah saja yg mengetahui...haha. So ana serahkan pada gambar untuk berbicara.

Main bowling dengan adik2 tanzim IU

( Gaya seorang juara ~ bukan juara longkang ok...:p )

( Barisan peserta Bowling Master ~ Yang paling mantap abg Din kite tu la...haha )

( Juara sedang menanti giliran :p )

Seterusnya ~ Bukak puasa Kat restoren DIMA ~ kat sini makanan arab je ada ok, nasik goreng cina x main la ( Ana dgr ada org pernah mintak nasik goreng cina kat sini :p )


( Sodap tu... )

( Zul Wadiqurra' n Najmudeen Tam2, senyummm )

( Zulfaz n Izzat, depa ni x sabau2 nak makan... )

Sekitar Hari2 Yang Lepas

Bismillah...

Alhamdulillah wa syukurlillah...dengan nikmat dan rahmatnya ana punya kesempatan lagi mengisi ruang2 legar di Wadi al Qurra', panjatkan sebesar besar kesyukuran padaNya kerna masih menigizinkan kita membuat apa yang sedang dibuat. Selawat dan salam buat baginda tercinta, Muhammad Rasulullah.

Ini hanya update sedikit kegiatan ana pada hari2 yang sebelumnya, saja suka2 mahu update, bukan semua, tapi aktiviti yang sempat ana kongsi sajalah, update santai buat mereleasekan tension, tension tang mana pun tak tahu la. Satu entry ni ana campur2 saja ya, buat rugi ruang kalau asing2kan.

Mulanya mahu ana maklumkan pada semua, rumah kami sekarang selalu masak2, sedap, kalau nak rasa boleh la datang, tapi sediakan duit lebih la. Antara tukang masak yang paling sedap masakannya adalah ana sendiri, maaf ya kepada semua, kerana ini blog ana, laman ana, so sukahati ana la nak cakap apa pun...kueng3. Untuk selanjutnya, ana biar saja gambar yang berbicara.

( Ni time bukak puasa...jemput2 )

( Supannyaa Zul...time kasih )

( Masak Lomak Cili Padi Zul Wadiqurra', x cukup bahan sebenarnya tapi setakat nak celen orang nogori tu xde hal laaa...x caya?...cuba dulu...amacam?..sapa yg rasa org nogori kat sini berani sahut cabaran?...:p)

Minggu lepas Institusi Usrah mengadakan Ice Breaking untuk pelajar2 baru, namun namanya telah di tukar, rebranding la katakan...nama barunya Friendship Camp. Alhamdulillah ana sempat turut serta menyibuk. Aktiviti sedikit terbantut hari tu dek kerana hujan, namun dapat di jalankan juga dengan serba sederhana. Checkpoint yang ana jaga masa explorace namanya Hijrah, menarik dan byk pengajarannya walaupun peserta kena bermandi peluh sedikit. Banyak aktiviti lain, namun ana malas pula mahu ulas panjang, lagi ana sertakan gambar mewakili bicara.

( Antara peserta Friendship Camp IU )

( Kiri sekali...Hazwan hensem )

( Awat duk usung kayu tu? )

Minggu lepas juga, sekali lagi diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk ana ke Brisu, iaitu kampung Din Pemuda Kahfi, buat apa lagi kalau pergi sana, cari buah la. Alhamdulillah, berkilo2 kami dapat, lumayan hasilnya. Terima kasih pada mana2 yang terlibat. Buat kesekian kali, bicara ana gantikan dengan gambar. Afwan, tidak semua aktiviti dapat dikongsi, malas kut...:D

( Ni namanya Nik Amin...beliau sangat suka memanjat )

( Ni pula namanya Zul Wadiqurra'...beliau telah terpengaruh untuk memanjat sama )

( Mengerjakan rambutan )

( Ini hasilnya...ada bakat jadi penjual buah tak? )

Gambar berikut tiada kene mengena dengan posting :

( Ini kucing kami...Ibunya nama Cat...anaknya nama Ghost, tapi sekarang macam dah tukar nama ja...ibu jadi Lang2, anak jadi Tam2 )

( Ceramah Ustaz Zahazan kat Masjid 'Alami MITC,saje nak eksen...ustaz jadi makmum ana kat masjid aritu... :p...taklif laa tasyrif zul...)