.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

Sekitar Hari2 Yang Lepas

Bismillah...

Alhamdulillah wa syukurlillah...dengan nikmat dan rahmatnya ana punya kesempatan lagi mengisi ruang2 legar di Wadi al Qurra', panjatkan sebesar besar kesyukuran padaNya kerna masih menigizinkan kita membuat apa yang sedang dibuat. Selawat dan salam buat baginda tercinta, Muhammad Rasulullah.

Ini hanya update sedikit kegiatan ana pada hari2 yang sebelumnya, saja suka2 mahu update, bukan semua, tapi aktiviti yang sempat ana kongsi sajalah, update santai buat mereleasekan tension, tension tang mana pun tak tahu la. Satu entry ni ana campur2 saja ya, buat rugi ruang kalau asing2kan.

Mulanya mahu ana maklumkan pada semua, rumah kami sekarang selalu masak2, sedap, kalau nak rasa boleh la datang, tapi sediakan duit lebih la. Antara tukang masak yang paling sedap masakannya adalah ana sendiri, maaf ya kepada semua, kerana ini blog ana, laman ana, so sukahati ana la nak cakap apa pun...kueng3. Untuk selanjutnya, ana biar saja gambar yang berbicara.

( Ni time bukak puasa...jemput2 )

( Supannyaa Zul...time kasih )

( Masak Lomak Cili Padi Zul Wadiqurra', x cukup bahan sebenarnya tapi setakat nak celen orang nogori tu xde hal laaa...x caya?...cuba dulu...amacam?..sapa yg rasa org nogori kat sini berani sahut cabaran?...:p)

Minggu lepas Institusi Usrah mengadakan Ice Breaking untuk pelajar2 baru, namun namanya telah di tukar, rebranding la katakan...nama barunya Friendship Camp. Alhamdulillah ana sempat turut serta menyibuk. Aktiviti sedikit terbantut hari tu dek kerana hujan, namun dapat di jalankan juga dengan serba sederhana. Checkpoint yang ana jaga masa explorace namanya Hijrah, menarik dan byk pengajarannya walaupun peserta kena bermandi peluh sedikit. Banyak aktiviti lain, namun ana malas pula mahu ulas panjang, lagi ana sertakan gambar mewakili bicara.

( Antara peserta Friendship Camp IU )

( Kiri sekali...Hazwan hensem )

( Awat duk usung kayu tu? )

Minggu lepas juga, sekali lagi diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk ana ke Brisu, iaitu kampung Din Pemuda Kahfi, buat apa lagi kalau pergi sana, cari buah la. Alhamdulillah, berkilo2 kami dapat, lumayan hasilnya. Terima kasih pada mana2 yang terlibat. Buat kesekian kali, bicara ana gantikan dengan gambar. Afwan, tidak semua aktiviti dapat dikongsi, malas kut...:D

( Ni namanya Nik Amin...beliau sangat suka memanjat )

( Ni pula namanya Zul Wadiqurra'...beliau telah terpengaruh untuk memanjat sama )

( Mengerjakan rambutan )

( Ini hasilnya...ada bakat jadi penjual buah tak? )

Gambar berikut tiada kene mengena dengan posting :

( Ini kucing kami...Ibunya nama Cat...anaknya nama Ghost, tapi sekarang macam dah tukar nama ja...ibu jadi Lang2, anak jadi Tam2 )

( Ceramah Ustaz Zahazan kat Masjid 'Alami MITC,saje nak eksen...ustaz jadi makmum ana kat masjid aritu... :p...taklif laa tasyrif zul...)

Pasrah Segalanya

Bismilah...

Ini hanya update selingan oleh kerana laptop ana tidak ditangan sekarang, perkongsian lirik lagu dari Dehearty. Sudah lama lagu ni, namun liriknya tidak akan lapuk barangkali dan mungkin juga pasti, ana kongsikan sekadar ingatan kepada diri yang mahu menyedari, Ya Sami'...Ya Bashir...Ya Hakam...Ya 'Adl...Sesungguhnya Engkau tetap dengan sifat2Mu itu, Ya Baari'...aku redha walaupun dengan imanku yang lemah setiap perancanganMu, insyaAllah kepada kalian juga, redhalah semampu mungkin walaupun dengan iman yang lemah, namun sama2lah usaha untuk menguatkan...insyaAllah.

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

Fitnah Itu Mudah, Namun Natijahnya Bukan Indah, Carilah Hikmah, Moga Ketemu Anugerah...

Hasad Dengki Perosak Ummah

Bismillah...

Maksud firman Allah SWT :
" Sebahagian besar ahli kitab inginkan supaya mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana dengki yang (timbul) daripada diri mereka sendiri setelah nyata bagi mereka kebenaran. Maka maafkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu "
al Baqarah : 109

Subhanallah, walhamdulillah, walaailahaillallah, wallahuakbar
...semoga zikir kepadanya sentiasa membasahi lidah juga hati, agar diri tidak keras membatu, bongkak tak bertempat, dan sombong dalam kebodohan. Selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad Rasulullah, qudwah sepanjang zaman, kecintaan sepanjang masa.

Tidaklah ana menulis kali sesuatu yang jarang kedengaran, bahkan ia sudahpun menjadi kebiasaan, satu kebiasaan yang mana asalnya aneh. Ya, hasad dengki yang bakal dikoreksi kali ini, dan ana berani nyatakan benda aneh ini sudahpun menjadi kebiasaan ummat Islam sekarang. Kenapa ana katakan ianya aneh?...tidakkah sesuatu yang keji kiranya seorang muslim itu berdengki dengan hati kotornya terhadap seorang muslim yang lain?...oleh kerana itulah ana katakannya aneh, aneh yang amatlah hasad dengki ini jika menjadi amalan seorang muslim, aneh dan keji!

Dalam masa yang sama, ana cuba2 juga mahu mencari alasan untuk menolak bahawa sifat keji ini telah menjadi kebiasaan ummat Islam sekarang, namun ana tidak mampu membantah sesuatu yang haq bahawa memangnya telah menular sifat keji ini menjadi suatu kebiasaan, tidaklah kepada firqah yang tidak memahami Islam saja, bahkan kepada firqah yang memperjuangkan Islam pun telah menjadikan hasad dengki ini sebagai silibus utama dalam memacu pergerakan dakwah, dimana silapnya?...tepuk dada tanya iman.

Maksud sabda Rasulullah SAW :
" Janganlah saling hasad dan jangan mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah saling bermusuhan serta saling mendiamkan dan jadilah kamu bersaudara "
HR : Muslim

Ana tidak dapat melihat mana asbabnya datang perpecahan akan firqah yang membawa Islam kiranya sama2 dengan satu matlamat, yakinnya ana katakan bahawa jika hanya manhaj yang berbeza, ia bukanlah sesuatu yang besar yang mampu merobek perpaduan selagi mana pembawaan Islam itu menjadi pegangan. Namun bila hasad dan dengki, juga ketidakpuasan antara satu sama lain, ditambah lagi dengan hati yang kurang didikan, maka disini, ana mampu meyakinkan diri bahawa perpecahan itu sememangnya patut berlaku, fikirlah selanjutnya. Ana mohon maaf kerana menyatakan yang benar.

Ana pernah dengar dari al Imam al Ghazali yang menyatakan bahawa dengki itu ada tiga macam dan ianya adalah :

1. Menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan digantikan kepadanya.

2. Menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang sekalipun ia tidak dapat menggantikannya, baik kerana merasa mustahil dirinya akan dapat menggantikannya atau memang kurang senang memperolehinya atau sebab lain. Asal orang itu jatuh, ia gembira. Ini lebih keji daripada dengki yang pertama.


3. Tidak ingin kalau kenikmatan orang lain itu hilang tetapi ia benci kalau orang itu mendapat kenikmatan lebih daripada kenikmatan yang dimilikinya.


Tidak perlu dijelaskan bait2 kata al Ghazali, kerna ana yakin benar QURRA' sekalian cukup bijak dalam memahami, dan ana lebih2 lagi yakin bahawa semua adalah dari golongan yang mudah menerima teguran dan berubah demi kemaslahatan ummah. Ana tahu ana amatlah lemah untuk berubah dan menerima teguran, namun kalian tidaklah seperti ana, maka tolonglah berubah dan tegurlah ana. Ummah tidak lagi memerlukan hasad dengki dalam memacu gerakan untuk mendapat ke'izzahan Islam.

Maksud sabda Rasulullah SAW :
" Takutlah kamu semua akan sifat dengki sebab sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar "
HR : Abu Daud daripada Abi Hurairah

Tidaklah lain selain dari mudhorat yang akan lahir dari sifat keji sebegini, dan teranglah sudah ia bukanlah baik untuk diamalkan, jadi kenapa tidak ditinggal saja, tarbiyahlah hati!. Mungkin ada masanya kita merasa diri cukup terjaga dari sifat hasad dengki, namun dalam tidak disedari, hati merasa kurang senang jika diri semacam dikurangi dari diri yang lain, baliklah kepada kenyataan al Ghazali tadi. Sungguh, bukanlah mudah menjaga diri dan hati daripada menghidapi penyakit hati, tetapi ia bukanlah mustahil jika ada mahu dan usaha kearah mengubati.

Namun mahu juga ana jelaskan, jika perasaan bila melihat sahabat berjaya, dan diri terasa kecil dibandingkan dengan sahabat itu, dan secara tidak lansung dimotivasi oleh keadaan sedimikian, maka itu bukanlah dengki pada maknanya, bahkan ia sememangnya sesuatu yang baik dan tidak perlulah ia untuk dielakkan, ana mengenali sifat ini dengan namanya iaitu ghitbah, iaitu sifat yang ada dalam diri setiap manusia, keinginan kepada persaingan untuk melebihi atau mendapat nikmat yang sama. Tidak ada salahnya bersaing mendapat yang terbaik, namun natijahnya janganlah diharapkan sentiasa sesuai dengan target yang ditetapkan semuanya, kita punya pegangan iaitu percaya kepada qada & qadar.

Maksud sabda Rasulullah SAW : Dari Ibnu Mas'ud :
" Tidak digalakkan adanya perasaan iri hati melainkan pada dua keadaan. Pertama, keadaan orang yang dikurniakan Allah harta benda dan membelanjakannya kepada perkara kebajikan. Kedua keadaan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan Agama lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya "
HR : Bukhari, Muslim & Tirmidzi

Tiadalah salahnya mengejar dan berlumba2 ke arah kebaikan, namun bilamana ia didasari dasar ketidakpuasan hati, maka tidaklah ia akan membawa keberuntungan kepada individu ataupun mana2 gerakan mahupun organisasi, bahkan hanya akan membawa kepada sebuah kerosakan yang merugikan. Hindarilah apa yang mebawa mafsadah dan carilah apa yang membawa maslahah, janganlah lagi kita terperosok dalam mainan politik syaitan yang nyata, pohonlah dariNya agar diberi kekuatan.

Sebelum ana akhiri, sekadar perkongsian dari kata2 Abu Laits :
" Tiada sesuatu yang lebih jahat daripada hasad,kerana penghasad itu akan terkena lima bencana sebelum terkena apa2 yang dihasad iaitu: Risau hati yang tak putus-putus, bala yang tidak berpahala, tercela yang tidak baik, dimurka Allah SWT, tertutup padanya pintu taufiq "
Sekian saja kali ini, ana undur dulu.