Maksud firman Allah SWT :
" Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan "al Maidah : 8
Segala puji kepada Tuhan sekalian alam, Maha Suci Allah yang menciptakan, segala sesuatu terjadi adalah kehendaknya, penguasa alam pentadbir semesta. Selawat dan salam buat baginda junjungan, dengan nurnya alam diterangi, dengan hadirnya juga rahmat dilimpahi, Muhammad Rasulullah SAW kekasih tercinta.
Alhamdulillah, Wadi al Qurra' diisi lagi kali ini, semoga isinya dapat dicurahkan di tempat yang lain juga...insyaAllah. Mengambil ibrah dari sirah perjuangan baginda Rasulullah SAW, sahabat, ulama salaf dan khalaf serta lain lainya, keberjayaan perjuangan samada di medan dakwah atau medan perang, didasari banyak faktor, ya...faktor utamanya adalah keizinan dari Allah, namun perlu di ingat kejayaan dan kekalahan yang berlaku bukan datang tanpa asal dan usulnya. Kemenangan datang pabila syarat2 untuk mencapai kemenangan itu dicukupi, dan kekalahan datang pabila syarat kemenangan itu tidak dicukupi.
Apabila bicara soal faktor2 keberjayaan ini, lihat bagaimana Sultan Muhammad al Fateh berjaya menawan Kota Konstantinopel yang dikatakan mustahil untuk ditembusi akibat daripada kedudukannya yang amat strategik. Ana tidak berniat membincangkan semua faktor pentingnya, cuma sekadar mahu mengambil satu daripadanya, iaitu sikap Salamatussodri atau berlapang dada al Fateh dalam menerima pendapat tenteranya dengan tidak mengira pangkat. Lihat bagaimana idea pembinaan benteng Rumelli Hissari yang amat membantu itu sebenarnya datang daripada idea seorang tentera bawahan, al Fateh berlapang dada menerimanya, tidak seperti kebanyakan pemimpin yg menutup terus ruang bagi pengikut bawahan bersuara dek kerana ego membuta.
Begitu jugalah amalan khalifah Islam yang terdahulu, dan pastinya itu juga amalan Rasulullah SAW, berlapang dada!. Disini ana mahu melanjutkan, bahawa Salamatussodri ini ruangnya amat luas untuk di amalkan, lihat bagaimana pertelingkahan antara umat Islam kini dalam pelbagai aliran, 'Asyairah dan Ibnu Taimiyyah, Salaf dan Khalaf, dan lain2, pertelingkahan dalam hal2 ini semakin meruncing seolah mahu menghancurkan Islam, kenapa ini berlaku?...ana belum pernah mendengar ajaran dari Rasulullah SAW yang menuntut kia berpecah belah, bahkan baginda mengajar kita untuk berlapang dada apabila timbul khilaf atau perselisihan pendapat.
Kata Syeikh Rashid Ridha :
" Kita bekerjasama dalam perkara yang kita sepakati, dan saling bertoleransi dalam perkara yang berbeda "
Sangat merisaukan melihat situasi kini, tidak tahu dimana hilangnya Salamatussodri, masing2 mahu mendabik dada, tidak kenal lagi erti tasamuh atau toleransi, ke mana hilangnya ajaran Rasulullah SAW yang satu ini?. Melihat dalam ruang lingkup yang besar, itu yang akan kita lihat, bagaimana pula jika kita kecilkan skop, sikap kita dengan sahabat2 disekeliling. Mungkin perkara sebegini dipandang enteng sahaja, namun cuba lihat dalam hal2 yang kita perselisihkan antara sahabat, adakah seringkali kita bertindak membelakangi Salamatussodri dan merajakan emosi?
Ana menyebut perkara ini dalam konteks yg lebih kecil kerana ia lebih dekat dengan kita, selalunya kita lebih mendahulukan emosi, menjadikan emosi sebagai cara berhadapan dengan perbezaan pendapat, dan ini adalah sikap yg perlu dijauhi. Seringkali apabila berhadapan dengan situasi begini, kita akan merasakan kita betul, namun kita gagal untuk meletakkan diri kita dalam situasi pihak yang satu lagi, disebabkan inilah Salamatussodri itu tidak kita capai. Merasakan diri betul, tanpa berlapang dada untuk melihat kepada pendapat lain, sebenarnya kita telahpun membenarkan jarum2 syaitan menusuk, kita membenarkan tuntutan syaitan itu sendiri!, dan sememangnya kerja syaitan laknatullah itu menampakkan apa yang haq sebagai batil, serta yang batil itu sebagai yang haq.
Kata al Imam Ahmad bin Hanbal :
" Tidak sewajarnya seorang ahli fiqh memaksa manusia kepada pendapatnya dan bersikap keras terhadap mereka "
Ingatlah, mengenyampingkan sikap Salamatussodri serta tasamuh akan membuahkan penyakit yang amat bahaya, iaitu penyakit hati, semakin hari semakin membesar, jiwa akan semakin keras...riya', 'ujub dan lain2 sifat tercela akan menguasai diri. Ini semua akan berlaku dalam keadaan tidak kita sedar, kita akan menyangka kehebatan kita berhujah, memberi pendapat dan lain itu sebagai kelebihan yang hanya kita perolehi, sedangkan apa yg dilontarkan pihak2 lain adalah kurang tepat semuanya, kita akan menyangka kita benar dalam segala perkara, dan inilah yg membuatkan syaitan bertepuk sorak!
Memang susah untuk berlapang dada dalam sesetengah keadaan, namun susah itu disebabkan kita melayan emosi dan mengiakan talbis syaitan, cuba rasionalkan dengan akal yang diberi tuhan, dengan dipandu bisikan hati yang benar, maka akan terlihatlah akan sikap penuh emosi dan mahu mendabik dada dengan pendapat sendiri adalah sikap yang tercela, sungguh!...apatah lagi jika turut memburuk burukkan pihak yang tidak sependapat dengan kita, sikap sedemikian adalah hasil daripada didikan syaitan yang dihanyuti emosi semata, tiada untungnya buat Islam dan diri sendiri jika merajakan sikap sedemikian, akhirnya musuh Islam yang bertepuk sorak serta syaitan pula bekenduri besar.
Maksud firman Allah SWT :
"...Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan. "al Baqarah : 237
Cubalah wahai sahabat sekalian, nilailah setiap perkara dengan ilmu, dan jangan terlalu laju mencantas pihak yang lain, jikapun pihak yang lain itu mencetuskan sesuatu yang tidak sealiran dengan kita, berlapang dada lah, carilah solusi dengan menggunakan akal yang dipandu hidayah Allah, bukan dengan emosi yang dipandu syaitan laknatullah. Ambillah ibrah daripada kisah2 terdahulu, belajarlah dari sejarah supaya kita dapat bertindak dan berfikir secara lebih rasional. Jagalah hati dari penyakit penyakitnya dengan Salamatussodri serta tasamuh, ingatlah bahawa bukan kita sahaja yang punya akal untuk berfikir, insan lain juga punyai benda yang sama...ana undur dulu...wallahu'alam
4 comments:
Akhirnya terisi... Kena banyak timbulkan isu kot~ Ok, sama-sama kita ambil wudhu', tenangkan hati, lapangkan dada, tundukkan emosi~ :)
p/s: Jangan emo2. Sekarang bukan perempuan je yang suka emo kan~ :D
sekarang semut pun dah pandai menulis...:p
a'ah...kene ada isu baru terisi, sO...bykkanla isu...:D...insyaAllah sama2 kita..:)
betul2, lelaki ke perempuan ke, bila mai emO dia mmg bOleh hilang rasional...isk3...#_#
huhuhu..
bukan lepas amik wudhu' kite solat ke.. heheh WOHA!!! peace..
ape2 pun memang emo tu ada kat laki & pompuan..
mmg lepas wudhu' biasanya solat, tapi biasa x bermakna mesti kan?...:)
yup, semua ada...
Post a Comment