.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

Pohonlah Dengan NamaNya - Doa

Bismillah...

Segala puji dan syukur dirafa'kan kehadrat ilahi, Dia yang pengasih, Dia yang penyayang, pengurnia sinar menerangi maya. Selawat dan salam buat baginda junjungan, pembawa sinar, menuntun ummat, Muhammad Rasulullah.

Ya Rahman,

Keampunan dariMu ku pohon menyuci kotoran dihati,

Tuntunlah hati ini agar degupnya sentiasa dengan zikir ilahi,

Jauhkanlah hati ini dari gerak yang menjurus kepada ma'asi,

Ku pohon ya Allah, tetapkanlah hati ini di landasan suci.


Ya Rahim,

Pimpinan dariMu ku tagih buat merentasi jalan ini,

Jalan yang telah kupilih bagi mengikat ukhwah yang suci,

Teguhkanlah apa yang mahu kami teguhkan ini,

Ikatan suci tautan hati yang penuh erti.


Ya Muhaimin,

Ikatan suci penuh erti ini kami bina demimu yang Maha Tinggi,

Peliharalah kasih dan cinta antara kami,

Jagalah hati kami dari bolak balik yg meruntuhkan ikatan suci,

Sesungguhnya ya Allah, kami mahu teguh selamanya dengan anugerah ini.


Ya Mutakabbir,

Segala keagungan milikMu secara pasti,

Tidak sekali kami mahu dan mampu dustai,

Ku pohon ya ilahi,

Apa yang kami jalankan ini agar direstui,


Ya Hakim,

Dengan sifatMu yang Maha Bijaksana dan pastinya Maha mengetahui,

Segala yang datang dariMu pastinya terbaik kami amat yakini,

Bukan hak kami meragui sesuatu yang pasti,

Ketentuanya kami serahkan kepadaMu untuk menghakimi.

Ya Fattah,

Ku pohon darimu ketentuan yang terbaik buat kami,

Sesungguhnya ya Allah bukan menang atau kalah tujuan kami,

Pastinya ya Allah engkau lebih memahami,

Tujuan kami hanya satu, mengeratkan ukhwah yang suci.


Ya Naafi'

Ku pohon dengan sangat agar kami fahami segala erti,

Erti sebenar yang kami cari,

Agar hati kami tidak tergelincir dari landasan suci,

Ya Allah, ku mohon manfaatMu dari perjalanan ini.


Ameen ya Allah!

* Doa ini telah dibuat oleh kerana permintaan dari pihak JKK sukan dan kebudayaan PERMAI 08/09 sempena sukan KARISMA kat sane. Jauh benar permintaan haa, dari Irbid Jordan sana nun...ni semua gara2 cik santun yang telah mengkambing hitamkan ana @ zul wadiqurra', apa pun ana rasa doa ni sesuai untuk semua ahli IU khususnya dan QURRA' sekalian umumnya, janganlah mengharapkan gerak kerja yang dilakukan mendapat natijah yang baik2 belaka, berjuang tak semestinya menang!...matlamat utama adalah redha Allah...ingatlah kita ke syurga sana bukan dengan banyaknya amalan tapi dengan RAHMAT Allah!...fikir dan zikir!

* Alhamdulillah...geng2 Irbid menang besar nampaknya, berkat2...:p

Mutiara Yang Bernilai

Bismillah...

Ku pohon keampunan dariMu tuhan, Sang Perkasa pencipta maya, Allah rabbul 'alamin tuhanku! tiada lain lagi yang punya hak syukur keatasNya, puji keatasNya, sembah keatasNya. Alhamdulillah dikurnia lagi sedikit masa buat jariku menari mengikut rentak takdirNya. Selawat dan salam buat Rasulullah insan mulia, walau malu mengatakan, tetap jua usaha mengejar cinta mulia, cinta mulia dari dua! dari Pencipta dan yang dicipta.

"Aku cinta kepada orang2 soleh padahal aku bukan termasuk dari golongan mereka, barangkali aku boleh dapat syafaat dari mereka. Aku benci kepada orang-orang yang perdagangannya adalah maksiat2 kepada Allah SWT, walaupun barang-barang dagangan kita sama"


Imam Syafie


Hasrat kali ini di asbab kan oleh takdirNya yang membawa diri hina ini terdetik mahu menulis. Di hentak benak ini dengan satu mutiara kata Imam besar kita Muhammad Idris as Syafie, terus membuat diri rasa perlu berkongsi, ah...kongsi dengan hati sendiri maksudku. Apa pun yang terzahir nanti adalah untuk diriku, jika QURRA' sekalian mahu mengambilnya sedikit mahupun banyak, halal saja, ini Allah yang punya, PASTI!


Ana tersentak bila tiba2 ruang legar tempat lahirnya buah2 fikiran ini dihadirkan dengan kalimat berbisa dari al Imam, apakah yang tuhanku mahu tunjukkan? berfikir seketika...dan ana punya satu solusi, mungkin ini untuk semua juga!...jadi ana lakar saja disini moganya ana beroleh kefahaman sendiri dengan penulisan ini juga lebih baik jika semua beroleh manfaat dariNya, ameen ya Allah!.


QURRA'
sekalian, perlu diingat yang melafazkan kata2 itu bukannya manusia kebanyakan, bukan juga manusia selekeh2 saja. Dia as Syafie, sang mujtahid!...maksud ana mujtahid MUTLAK! yang mana termasuk dalam bilangan 4 Imam besar2 yang luar biasa faqihnya itu. Kita bukan bicara soal mujtahid seperti al Qardhawi, Wahbah Zuhaily, dan lain2...benar mereka itu bukan calang2 manusia tapi Mujtahid MUTLAK ini sudah tamat susur galurnya selepas Imam Ahmad ibn Hanbal. Sedikit sebanyak mampu sudah digambarkan besar dan luasnya kefahaman ilmu al Imam as Syafie, walaupun luas dan besar ilmu Allah itu sudah kita ketahui ia infiniti.


Jadi, ana mahu tanya, Manusia yang sebesar as Syafie pernah saja menitipkan satu bicara bagaikan dia sememangnya pelaku maksiat yang hina, di mana letaknya kita yang mahu berbicara gah seantero dunia mengatakan akulah pandai akulah bijak? Realiti ini bukanlah ana mahu katakan pada yg diluar sana saja, bahkan untuk diri ana sendiri. Cuba tanya hati sendiri, dari setiap tutur yang keluar mahupun tulisan2 di blog, ataupun tindakan2 kita diluar, ikhlas dalam menjawab persoalan ini, terdapat rasa gah dihati? rasa kita benar dan hebat, rasa mahu dipuji, rasa mahukan anugerah, rasa diri layak menerima semua itu?bandingkan diri dengan as Syafie!


Dari pernyataan as Syafie, dikatakan walaupun bukanlah beliau dari golongan solehin, yang hakikatnya kita tahu siapa Imam besar ini, mahu juga beliau berada dikalangan orang2 soleh untung2 mendapat kebaikan dari mereka. Begini QURRA', jelas...jika melihat sunnah alam, pasti kita melihat si penggoreng gitar, mereka memilih utk berada dalam kelompok mereka, si penyangak, mereka mahu bersama2, tidak lupa si pengumpat yang juga suka benar dalam kelompok mereka, dengan kata mudahnya manusia suka memilih untuk bersama golongan yang sama fikrah.


Benar, ia sunnah alam tetapi ia bukan syariat!...maka kebiasaan boleh saja diubah bukan? Jika terasa diri kekurangan dari satu segi, maka pilihlah golongan atau kelompok yang boleh melengkapi kelompongan diri. Sungguh, kita hanyalah insan hina dan lemah. Iman, akidah, akhlak, entah bagaimana, tetapi masih lagi mahu sombong diri dan bongkak tidak mahu mendekati orang soleh, majlis2 ilmu, ulama'...maka apa sebenarnya matlamat hidup? sekadar melayan rasa tinggi diri di dunia ini dan abaikan saja akhirat yg pasti, berani?silakan saja.


Tolonglah rendahkan diri, ikhlaskan hati, cuba kenal diri dengan sebenar benar kenal, moga tawaduk itu datang mendampingi membuang ego dan bangga diri ke sisi. Dekatilah golongan2 yang soleh, moga terkena tempiasnya, juga membuka jalan hidayah Allah menyinari diri. InsyaAllah jika ikhlas, pasti ada jalannya, Allah hanya menunggu hambanya mencari, pasti Dia memberi! mahu pula berkongsi bait2 kata dari si bijaksana Luqmanul Haqim yang mana tuturnya begini :

" Wahai anakku, duduklah dengan para ulama dan rapatkanlah lututmu dengan mereka kerana Allah akan menghidupkan hati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah akan menghidupkan tanah yang gersang dengan curahan air hujan dari langit "


Seterusnya as Syafie meneruskan kalimah indah dan tawaduknya itu dengan menyatakan bahawa adapun beliau itu pelaku maksiat dan kerosakan, tidak sesekali beliau menyukai berada bersama golongan2 sebegitu. Begitulah kerendahan hati Imam besar kita, tidak sekali malu mengaku menjadi golongan pelaku maksiat, sedangkan kita, cuba tanya kembali dan jawab dengan hati, bukan saja tidak mengaku bahkan mahu pula menonjol2 kebejatan diri, na'uzubillah!


Pengajaran dari bait lanjutan as syafie, dapat dilihat, selagi mana berada dalam lingkungan pelaku maksiat, maka kesannya kepada diri adalah memayahkan jalan untuk merungkai kerosakan tersebut, bahkan kita akan sentiasa terasa enak2 saja dengan maksiat yang dilakukan kerananya, disekililing kita juga lagaknya sama, jadi tidak terasa asing kelakuan durjana itu. Jika mahu berubah, maka keluarlah dari kotak hitam itu, bukan bicara saja mahu berubah, tapi gayanya sehari2 begitu juga tiada henti.


Sesungguhnya bilamana diri sudah diselubungi maksiat, maka memang bukan mudah mahu memandang kebenaran, tetapi yakinlah hati manusia ini walaupun telah bergelumang dengan maksiat seribu tahun, seolah2 maksiat sudah menjadi sebahagian dari diri, secara pasti ana mahu katakan, fitrah hati manusia tidak sesekali dapat tenang dengan maksiat yg dilakukan, pasti terdetik ketidakselesaan. Dalam pada ini, alang2 bicara soal maksiat, izinkan ana coretkan sedikit tentang maksiat mengikut telahan Ibnu Mas'ud.


1. Maksiat fahsya' iaitu satu kelakuan ma'asi yang secara terang terangan terzahir akan kekejiaanya, umpamanya seperti syirik, zina dan riba.


2. Maksiat mungkar yang mana kelakuan yang bertentangan dengan fitrah kejadian manusia, sebagai contohnya adalah seperti mencuri, menganiaya orang yang lemah dan seterusnya.


3. Maksiat al Baghi pula adalah kelakuan terus menerus dimana kezaliman dilakukan membatasi keadilan.


Begitu sedikit sebanyak huraian ringkas yang mahu ana kongsikan dengan hati sendiri juga QURRA' sekalian, huraian dari bait2 indah Imam besar as Syafie. Sedikit konklusi dari leteran ini, kejarlah kebaikan, fastabiqul khairat!...tanamlah sifat tawaduk di dalam diri agar jauh dari sifat takbur, juga akhirnya jauhilah perkara2 dan kelakuan ma'asi. Semoga Allah merahmati semua...Allahumma ameen.




Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis

KONVENSYEN BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS!!!




Aman Palestin Berhad adalah sebuah syarikat yang tidak berasaskan keuntungan. Ia ditubuhkan untuk membangunkan kefahaman masyarakat Malaysia mengenai isu-isu Palestin. Dalam memikul tanggungjawab yang besar dan mulia ini, semua peringkat di dalam masyarakat diajak untuk bersama-sama menyokong usaha bagi membebaskan bumi Anbia’ yang bersejarah daripada cengkaman Zionis. Ia memerlukan kerjasama yang erat di dalam menangani isu ini.

Tidak dinafikan lagi bahawa dunia kini menyaksikan kerakusan Zionis dalam usaha mencapai cita-cita besar mereka. Zionis mempunyai agenda utama tersendiri yang tidak dapat disembunyikan lagi, iaitu agenda menubuhkan sebuah negara yang dinamakan “Israel Raya”. Apa yang disaksikan kini, agenda mendirikan sebuah negara yang besar itu tidak mungkin akan tercapai dalam keadaan mereka ditentang dengan penentangan yang amat kuat, sehingga mereka terpaksa berundur sedikit demi sedikit pada ketika dan saat ini.

Justeru itu Aman Palestin dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) akan menganjurkan satu seminar yang bertajuk “Berakhirnya Agenda Zionis” bagi memberikan penjelasan kepada masyarakat khususnya golongan belia supaya melihat semula kegagalan Zionis di dalam mendirikan sebuah negara yang agung tersebut.

Objektif

  1. Memberikan kefahaman yang mendalam kepada masyarakat khususnya golongan
  2. belia terhadap agenda Zionis yang paling utama untuk menguasai dunia sudah berakhir.
  3. Membangkitkan kesedaran tentang bahaya projek Zionis untuk menguasai dunia dan sejauh manakah kesan kewujudan mereka kepada dunia sejagat.
  4. Membuat pendedahan kepada masyarakat terhadap propaganda Zionis di dalam mendirikan Israel Raya.
  5. Memberikan persepsi yang sebenar kepada masyarakat terhadap status terkini agenda Zionis.
  6. Memberikan kesedaran tentang langkah-langkah yang boleh dimainkan oleh masyarakat bagi menghadapi agenda Zionis.


Hari/Tarikh:

Sabtu/9 Mei 2009


Masa:

8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat:

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Yuran Penyertaan:

RM 10.00 (yuran penyertaan boleh dibayar pada hari konvensyen tersebut di kaunter pendaftaran)


* Untuk pengesahan kehadiran, sila hantarkan nama dan nombor IC pada 0196077372.


PEMBENTANG

Dr. Mohsen Saleh
Pengarah Institute of Islamic Political Thought (IIPT), London

Dr. Azzam al-Tamimi
Pengarah Besar, Pusat Penyelidikan dan Pengajian Az-Zaytouna, Lubnan


Dr. Roslan b Mohd Nor
Penerima Anugerah Akademik Institut Al-Makhtoum 2003 & 2006 PhD in 'Islamic Jerusalem Studies', Aberdeen University Scotland


ATURCARA KONVESYEN

8.00 - 8.30 PAGI: Pendaftaran Peserta
8.30 - 9.30 PAGI: PEMBENTANGAN I - Dr. Roslan bin Mohd Nor
(Kejatuhan Islam dan Kewujudan Negara Israel)

9.30 - 10.00 PAGI: Kehadiran VVIP dan VIP
Ucapan Alu-aluan - Ustaz Abdullah Zaik b Abd Rahman
(Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Sdn Bhd)
Ucapan Perasmian - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

10.45 - 11.00 PAGI: Jamuan VVIP dan VIP dan jamuan ringan peserta

11.00 - 12.00 TGH: Pembentangan 2 - Dr. Azzam al-Tamimi
(Sejauh Manakah Kesan Kewujudan Zionis pada Dunia Sejagat)

12.00 - 1.00 TGH: Pembentangan 3 - Dr. Mohsen Saleh
(Hakikat Zionis dan Agenda yang Dipropagandakan)

1.00 - 2.00 PTG: Rehat, makan dan solat

2.00 - 3.00 PTG: Pembentangan 4 - Dr. Azzam al-Tamimi
(Peranan Seorang Muslim dalam Menghadapi Musuh Zionis)

3.00 - 4.00 PTG: Pembentangan 5 - Dr. Mohsen Saleh
(Kebangkitan Islam di Palestin dan Status Agenda Zionis Masa Kini)

4.00 - 5.00 PTG: Majlis Penutup
Ucapan Penangguhan - Dr. Kamil Azmi Tohiran
Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)


Jadi,marilah sama-sama kita sertainya,demi membuktikan sikap peduli Gaza dalam diri,dan sokongan kepada saudara seIslam kita di sana.Para speaker yang hebat-hebat yang juga antara aktivis ikhwan juga datang dari jauh,dari negara luar untuk bersama-sama kita pada hari itu.Jom membina generasi qudwah GAZA!!

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

013-6286991/mx_dn@yahoo.com